in

Kalau Isteri Cakap PENAT, Suami Jangan Kata MENGADA, Sebab Dia Memang Maksudkannya

Kalau Isteri Cakap PENAT, Suami Jangan Kata MENGADA, Sebab Dia Memang Maksudkannya, ok?

Seorang isteri selalunya akan berkorban masa dan tenaga untuk anak-anak dan suami. Tidak semestinya keluar untuk mencari rezeki, tapi berkorban masa dan tenaga bagi memastikan makan minum anak dan suami sentiasa tersedia, baju sentiasa bersih, rumah sentiasa dalam keadaan yang ceria dan lain lain lagi.

Kadang tu tak tersenarai kerja kerja yang di buat isteri. Lagi-lagi yang isteri yang bekerja, perghhh.. penatnya tak terkata lah. Sebab tu, jangan perlekehkan atau kata isteri tu mengada kalau isteri mengadu dia letih atau penat.

Isteri pun perlu rehat, sebab tu kalau tak cukup rehat, macam macam jadinya pulak. So, motif.my nak kongsikan pengalaman dari Mastura Abu Bakar tentang kisahnya.

BILA ISTERI HAMPIR HILANG WARAS

Semalam saya hampir hilang kewarasan saya. Terlalu letih berkerja di rumah dan juga menguruskan anak2.

Seminggu yang sangat panjang dan juga sendiri mengurus anak2. Suami tidak berapa sihat, ada kelas hingga ke malam dan ada kursus penuh pada hujung minggu pula.

Houd meragam yang tak mahu dipujuk. Tidur malam tidak lena. Melekat saja mulutnya hendak menyusu. Anak2 yang lain juga mahukan perhatian.

Saya perlu masak untuk anak suami dan selesaikan hal rumahtangga dan juga bisnes.

Saya sangat letih. Mental saya dah exhausted sangat sangat. Enjin saya pulak hampir terhenti.

Dalam perjalanan pulang ke rumah lepas selesaikan beberapa urusan di luar, saya minta suami untuk turunkan saya. Dan saya bertanya boleh tak kalau saya nak berjalan kaki hingga sampai ke rumah?

Saya perlukan masa untuk bersendirian.

Melalui permintaan saya tu, saya tahu yang saya dah tak boleh berfikir dengan waras. Saya perlu masa untuk rehat.

Sampai sahaja di rumah, saya masuk ke dalam bilik. Suami pula layan anak2 dan tutup pintu bilik. Suami batalkan kelas petang tu sebab nak take part untuk menjaga anak2.

Saya pula tertidur. Rasa dah lama sangat tak tidur selena itu walaupun hanyalah sejam.

Suprisingly, bangun dari tidur tu saya terus bertenaga.

Emosi saya sangat stabil. Mental saya pun stabil. Badan pula rasa sangat segar.

Saya boleh tersenyum, Alhamdulillah. Dengan rehat hanya sejam, saya waras dan ceria kembali.

Cube bayangkan kalau saya tak diberi peluang oleh suami untuk berehat seketika? Bayangkan suami perlekeh saya dan kata saya ni hanya mengada-ngada?

Apa agaknya tindakan saya? Macam mana pula dengan anak2?

Sebab itulah betapa pentingnya komunikasi antara suami isteri. Dan pentingnya suami yang memahami dan boleh membaca riak isteri yang sudah terlalu kepenatan. Boleh bertoleransi menjaga anak2 dan juga memberi peluang isteri untuk berehat.

Jangan perlekeh isteri, jangan sindir isteri, jangan pula perli atau jangan membanding2.

Sebab kalau isteri cakap saya PENAT maksudnya saya NAK REHAT.

Maksudnya dia betul2 dah penat sangat tu. Jangan paksa paksa dia. Nanti kewarasannya hilang pula. Anak2 pula yang jadi mangsa marah. Jadi tempat untuk lepas kepenatan tu.

Sebab tu pernah ada kes ibu bunuh diri sebab depresi.

Jadi para suami perlu berhati2. Kalau isteri cakap dia penat tu, she really means it.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Orked

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

check blacklist jabatan imigresen malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia – Check Blacklist

Politeknik - Permohonan Masuk & Senarai Politeknik

Politeknik – Permohonan Masuk & Senarai Politeknik