in

Kayuhan Menjunjung Kasih Meriah

Kayuhan Menjunjung Kasih edisi kedua telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila disertai 1,700 peserta di sekitar Bukit Raja, Klang, hari ini.

Datuk Mohamad Yasid Bidin selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang berkata, kayuhan yang dilaksanakan oleh pihaknya serta mendapat sokongan penaja utama, Sime Darby itu adalah sempena meraikan keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-74.

“Program Kayuhan Menjunjung Kasih ini adalah program tahunan dan kali ini telah memasuki edisi kedua.

“Peserta yang berdaftar pada awalnya seramai 1,500 orang tetapi hari ini kami mendapat tambahan kira-kira 200 lagi penyertaan.

“Program ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang serta bergantung kepada jumlah tajaan.

“Kami berharap dengan adanya program ini ia dapat menunjukkan taat setia kepada Sultan Selangor,” katanya.

RMS Tengku Amir Shah (tengah) menyertai acara kayuhan VVIP pada program Kayuhan Menjunjung Kasih di Klang pagi ini.

Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah berkenan untuk turut serta berkayuh di dalam program itu.

Kayuhan itu membabitkan dua kategori iaitu VVIP sejauh sembilan kilometer (km) serta Terbuka sejauh 40km.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Property, Idris Abdullah berkata, pihaknya sememangnya memberi sokongan padu kepada program tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) seperti Kayuhan Menjunjung Kasih.

“Kami amat menggalakkan gaya hidup sihat serta program turun padang bersama komuniti. Kami akan meneruskan program seperti ini kerana ia adalah sebahagian daripada CSR kami,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pelajar Bakar Diri Salahkan Presiden Macron

Sasha Saidin Nikah Kali Ketiga?