in

Kecik Tinggalkan Kristal?

Selepas setahun bersama kumpulan Kristal, hari ini Kecik telah mengumumkan keluar secara rasmi daripada kumpulan itu dan akan bergerak solo semula.

Menurut Kecik atau nama sebenarnya, Mohammad Fauzi Kamarudin, 25, keputusan yang dibuat ini adalah secara baik dengan persetujuan semua.

“Sebab utama saya mengambil keputusan untuk keluar dari Kristal kerana saya merasakan tidak boleh lagi menggalas tanggungjawab sebagai vokal utama untuk Kumpulan Kristal dan tak mahu Kristal jatuh merudum disebabkan saya.

“Mungkin saya masih lagi mencari cari jiwa saya sendiri. Saya bukanlah seorang penyanyi rock. Saya potong rambut pun bukan disebabkan nak tunjuk saya give up.

“Cuma saya nak bagitau jiwa saya dah tak ada kat situ. Saya memohon maaf kepada semua ahli-ahli Kristal dan pihak-pihak syarikat yang selama ini banyak membantu saya.

“Insha-ALLAH saya akan aktif semula sebagai penyanyi solo atau berkumpulan selepas ini jika diberi peluang oleh industri muzik yang saya cintai,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Instagramnya.

Menurut Kecik, hubungannya dengan ahli Kristal yang lain iaitu Rody, Kecik Afifi dan Acap masih baik dan tidak akan sesekali membuang kawan.

“Saya dan Kristal berpisah secara baik, kami tak bergaduh dan masih berkawan. Jangan risau walau apapun terjadi, kawan tetap kawan.

“Jangan buang kawan. Keputusan ini di buat untuk kebaikan kedua-dua belah pihak,” ujarnya.

Tambah Kecik, keputusan yang diambil untuk meninggalkan Kristal sudah lama difikirkan lantaran dia sendiri tidak mempunyai jiwa sebagai seorang rockers.

Oleh itu, dia tidak mahu terus memaksa dirinya dan memikirkan keluar daripada kumpulan itu sebagai jalan terbaik.

“Sebenarnya saya dah lama nak beritahu bahawa jiwa saya tak masuk dengan Kristal. Saya bukan seorang rockers, saya sudah cuba dan terus cuba tapi tetap tak dapat.

“Saya tak boleh buat benda yang saya tak cinta.

“Apa pun terima kasih kepada Rody, Acap, Kechiq, Pak Din, Mak Din, Niena, sebab banyak tolong Kecik selama Kecik menjadi penyanyi utama kumpulan Kristal,” jelasnya.

Kecik diumumkan menyertai Kristal pada Oktober 2018 selepas pengunduran bekas vokalis kumpulan itu, Lan Solo pada November 2017.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Agong Perkenan Jadi Penaung Diraja SAM

Nilai Sebaik Mungkin Sebelum ‘buang’ Pemain: Misbun