in

Kedah ke Final Tewaskan Pahang 5-5

Kedah akan ke final bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk perlawanan akhir saingan Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil pada 2 November 2019.

Keputusan mencatatkan kedudukan seri 5-5 sewaktu aksi separuh akhir di Pahang, pasukan Tok Gajah terpaksa berputih mata untuk layak ke pentas final Piala Malaysia 2019.

Perlawanan yang mendebarkan dan sangat sengit di Stadium Pahang malam tadi, menyaksikan skuad Kedah mara ke final dengan agregat sama, 8-8, tetapi kelebihan lebih gol di stadium tuan rumah, skuad pahang, di bawah bimbingan Dollah Salleh.

Kedah menerobos gawang terlebih dahulu melalui jaringan kapten pasukan, Fernando Rodriguez hasil umpanan Baddrol Bahktiar pada minit ke 8. Skuad Tok Gajah kembali menyamakan kedudukan menerusi dari luar kotak penalti pada minit ke 33 dengan penuh bergaya.

Pada babak kedua, Kedah sekali lagi menyebabkan penyokong Pahang risau, selepa satu lagi jaringan penyerang importnya,Jonatan Bauman pada minit ke 54.

Skuad Pahang kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang kelahiran Namibia,Lazarus Kaimbi pada minit ke 71 dan pada minit ke 76, sekali lagi Lazarus Kaimbi menerobos gawang dan mendahului pasukan Kedah.

Baddrol menambah 1 gol bagi pasukan kedah melalui sepakan percuma pada minit 84 menjadikan pasukan Pahang kembali agresif dengan asakan.

Kedudukan seri 3-3 membawa kepada masa tambahan. Renan Alves menyumbat satu lagi gol bagi pasukan kedah pada minit ke 97.

Pihak tuan rumah terus mengasak Kedah dan peluang kembali terbuka selepas sepakan penalti berjaya menyumbat gol oleh pemain pertahanan,Herold Goulon, menyamakan kedudukan 4-4 pada minit ke 114.

Manakala pada minit ke 17 pihak pertahanan Pahang lalai dan menyebabkan Rodriguez menyumbat satu lagi gol membawa kepada kedudukan 5-4.

Di saat-saat minit akhir Dickson Nwakaeme berjaya menyamakan kedudukan 5-5 tetapi malangnya, buat tuan rumah, skuad Pahang, tidak mampu memberikan mereka tiket kelayakan ke final Piala Malaysia 2019.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Adam

Adam mempunyai disiplin tinggi dalam penulisan. Setiap berita dan artikel ditulis dengan penuh teliti dan fakta. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Adam di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rezeki Bukan Tentang Pandai Cari Duit, Tapi Jujur Pada Isteri. Siapa Sakitkan Isteri Hidupnya Tak Berkat!

Akan Tetap Setia Dengan Suami Walaupun Diuji – Isteri Amar Asyraf