Kek Hokkaido Versi Gebu Gebas. Tak Menyesal Buat, Inti Kastardnya Sangat Sedap!

Kek yang popular biasanya kek coklat atau marble kek. Bukan apa ini antara kategori kek yang seisi keluarga suka. Jadi biasanya ibu akan cuba belajar resipi kek ini untuk memenuhi permintaan anak dan suami.

Ok kali ini anda boleh buat sedikit kelainan dengan mempelajari cara membuat kek Hokkaido versi gebus gebas. Mesti tak menyesal kerana sangat sedap.

Resipi yang dikongsikan oleh Zaitong Syed Ahmad ini cukup mudah dan puas hati kalau buat sendiri sebab boleh makan banyak. Kalau diikutkan kek ini jika dibeli mahal jugalah harganya.

STEP 1
1. Pecahkan 4 biji putih telur (Kuning telur letak dalam bekas lain)
2. 4 sudu besar gula halus (mixer kan sampai meringue letak tepi dulu yang meringue) Mohon yang meringue tu jangan ada bercampur dengan sedikit air @ kuning telur ya nanti takut tak jadi pula.

STEP 2
1) 4 biji kuning telur (yang dah ada dalam bekas tadi)
2) 3 sudu besar gula (kacau-kacau je guna whisk)
3) Masukkan susu cair setengah cawan( boleh guna dutch lady)
4) Minyak masak 5 sudu besar (sambung kacau guna whisk sampai sebati)

STEP 3 ( ayak dulu)
1) 1/2 cawan tepung gandum
2) 2 sudu besar tepung jagung/kastard
3) Setengah sudu kecil baking powder
masukkan step 3 ni ke dalam step 2..kacau-kacau guna whisk
dan campurkan dengan step 1 tadi..kacau-kacau sampai sebati

Panaskan oven dulu selama 10 min pada suhu 160 sebelom bakar kek.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Kemudian bakar pada suhu 160 dalam20 minit (setaoi atas bawah). Bile dah cukup masa cucuk dulu dengan lidi kalau tidak melekat jadi is done la tu..kalau masih melekat pada lidi tambah masa sikit lagi beberapa minit jangan naikkan suhu pulak ya.

FILLING:

1) marjerin 1 sudu
2) Susu cair 200 ml (panaskan dulu untuk cairkan marjerin)                                                      3) 1 sudu besar tepung gandum
4) 1 sudu besar kastard
5) 1 biji telur
6) 4 sudu besar gula

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api kecil, sentiasa kacau.
Note: jangan masak lama-lama nanti keras filling tu…masak hingga nampak pekat sahaja.

Ambil Kek dan cucuk dengan chopstick untuk buat lubang di tengah kek, baru pipe filling kastard tadi.

Done!! Selamat mencuba!

P/s: Guna telur gred A untuk dapat banyak biji , tabur gula icing untuk hiasan

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×