in

Kembar Kemalangan, Adik Maut

SIBU – Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dimana dia menaiki kenderaan yang dipandu abang kembarnya di Jalan Paradom, dekat sini petang tadi.

Pemangku Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, mangsa yang maut tersebut dikenali sebagai Kevin Wong Chung Xiang, 20, manakala abang kembarnya pula, Kenny Wong Chung Kai yang memandu van tersebut telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, pihaknya telah menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 2.38 petang.

“Apabila tiba di lokasi, kami mendapati kemalangan tersebut hanya melibatkan sebuah kenderaan sahaja iaitu van yang dipandu lelaki tersebut dan tidak melibatkan kenderaan lain,” katanya.

Katanya, bahagian hadapan van tersebut mengalami kerosakan teruk akibat terlanggar pokok di tepi jalan. – Bernama

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di fyqa@motif.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dua Beradik Perempuan Antara Empat Ditahan Aktif Samun

Peluang 15 Pemain Muda Berguru di Cerezo Osaka