in

Kemboja Larang Tunggang Gajah di Angkor

PHNOM PENH – Kemboja akan mula mengharamkan semua tunggangan gajah di kompleks kuil terkenal Angkor menjelang awal tahun depan.


Keputusan ini dilihat sebagai kemenangan luar biasa kepada penyokong pemuliharaan yang telah lama mendakwa amalan popular tersebut sebagai kejam.

Jurucakap pihak berkuasa yang menguruskan Taman Arkeologi Angkor (Apsara), Long Kosal berkata, menggunakan gajah untuk perniagaan sudah tidak sesuai.

“Beberapa ekor gajah telah tua. Jadi kesemuanya akan menjalani kehidupan semula jadi di hutan. Namun begitu, syarikat yang memiliki haiwan berkenaan akan terus menjaga mereka,” katanya.

Setakat ini, lima daripada 14 gajah telah dihantarkan, dipindahkan ke hutan komuniti yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kuil.

Kumpulan hak asasi haiwan telah lama mengecam Kemboja kerana selama ini telah menawarkan tunggangan gajah untuk pelancong dan amalan itu juga dilakukan di negara jiran Thailand, Vietnam dan Laos. – Agensi

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Sentiasa Pantau Keadaan Ekonomi: Azmin

Semangat Juang Harimau Malaya Tinggi!