Keputusan i-Citra RM10,000 secara one off akan diketahui hujung bulan ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperhalusi dan mengkaji secara menyeluruh mengenai cadangan untuk menaikkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan i-Citra.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata pertimbangan tersebut akan mengambil kira semua bentuk bantuan yang telah dan yang akan disalurkan oleh kerajaan, bagi meringankan beban ahli KWSP yang terjejas

“Pertimbangan terhadap kenaikan had pengeluaran i-Citra perlu mengambil kira keperluan untuk mengimbangi antara keperluan semasa dan kepentingan simpanan persaraan untuk masa hadapan dengan kadar negara dijangka mengalami penuaan penduduk pada 10 hingga 15 tahun akan datang,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Pengeluaran i-Citra telah diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021 sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

Menerusi kemudahan i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) pada sesi perbahasan Titah Diraja telah mencadangkan agar had pengeluaran i-Citra dinaikkan daripada RM5,000 ke RM10,000 dengan syarat kerajaan mestilah bersungguh memulakan usaha untuk menaikkan semula aset KWSP dengan memberi lebih banyak peluang perniagaan bagi syarikat dimilikinya.

Selain itu, bekas Perdana Menteri itu turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan skim i-Survive dengan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai.

Mengulas mengenai cadangan tersebut, Yamani berkata kementerian telah mengambil maklum cadangan yang telah dikemukakan oleh Najib, sebagai usaha untuk menambah aliran tunai kepada setiap isu rumah yang memerlukan.

Dalam masa yang sama, beliau berkata kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pemberian pelbagai bentuk bantuan tunai langsung kepada kumpulan sasar.

“Ia termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC), serta bantuan kehilangan pekerjaan dengan jumlah keseluruhan peruntukan bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM17.1 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15.2 bilion telah disalurkan kepada akaun penerima,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan kerajaan dijangka membentangkan cadangan di Dewan Rakyat bagi meningkatkan siling perbelanjaan Kumpulan Wang COVID-19 sehingga RM110 bilion pada Disember ini.

Pemuda UMNO iaitu Asyraf telah mengakui bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan simpanan pada hari tua bagi rakyat yang terkesan walaubagaimanapun tuntutan pengeluaran i-Citra sehingga RM10,000 adalah merupakan salah satu keperluan yang tedesak kepada rakyat yang terjeas sumber pendapatan.

“Suasana kecemasan musim penyakit berjangkit Covid-19 sangat memerlukan pelbagai pendekatan yang mendesak terutamanya bagi menjaminkan jaringan keselamatan sosial rakyat ” dalam satu kenyataan rasmi menurut Datuk Asyraf Wajdi.

Sepanjang pandemik Covid-19 di negara kita , ramai rakyat yang hilang sumber pendapatan akibat banyak sektor pekerjaan ditutup untuk membendung covid-19 terus menular di negara kita. Dalam masa yang sama khususnya perniagaan kecil sebagai sumber mata pencarian rezeki juga terkesan.

Rakyat yang terkesan menyebabkan banyak menanggung beban seperti bayar rumah sewa , bil air , bil eletrik serta lain-lain lagi. Selain itu , rakyat juga tertekan untuk penuhi tuntuan perut seperti keperluan dapur untuk keluarga , keperluan anak yang masih bersekolah menjalani sesi (PDPR).

Sehubungan dengan itu , semasa pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , Datuk Seri Amirah Hmaazah Azizan pada hari selasa yang lepas , ada beberapa perkara cadangan yang telah dibincangkan oleh Pemuda Umno bagi menangani isu menampung kembali kelompangan simpanan KWSP.

Antaranya yang dimaksudkan adalah meningkatkan kadar caruman wajib majikan bagi tempoh tertentu serta meperluaskan caruman ‘Mandatory Coverage ‘ termasuk kepada sektor informal seperti gig ekonomi.

Sumber : Awani

Baca Juga ,

Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC)

PPC merupakan satu inisiatif terbaharu yang telah diumumkan khusus untuk keluarga B40 danlam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.

Senarai Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC)

Berikut adalah bantuan yang diberikan dalam pakej ini:

  1. Pek pelitup muka guna semula (4 keping bagi setiap keluarga)
  2. Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit bagi setiap keluarga)
  3. 1 Pulse Oximeter
  4. 1 Termometer
  5. Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan

Tarikh Pelaksanaan Bantuan PPC

Setakat ini, kerajaan tiada mengumumkan tarikh pelaksanaan untuk bantuan.

Sama-sama kita nantikan bilakah bantuan ini akan diberikan dan kami dari Moti.my akan memberi info dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Permohonan

Kerajaan masih belum menetapkan cara untuk membuat permohonan namun begitu, pemberian PPC ini akan dimulakan dengan penerima BPR yang sudah berkeluarga.

Semakan PPC Melalui Data BPR

Sekiranya anda adalah penerima BPR dalam kalangan B40, anda layak untuk menerima bantuan ini.

Semakan kelayakan boleh dibuat di laman portal rasmi BPR

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

 

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih