KERABU KERANG ALA-ALA THAI
Bahan-Bahan :
-1 kg kerang
-1 sudu kecil garam
-3 sudu besar gula kabung
-2 sudu besar sos ikan
-3 sudu besar air asam jawa
-4 biji limau nipis (belah dua)
-3 tomato (dipotong)
-1 btg carrot (di potong halus memanjang)
-2 ulas bawang merah (hiris nipis)
-5 biji cili api (ditumbuk)
-1 sudu teh serbuk perasa
Cara -cara Membuatnya:
1)Basuh kerang, panaskan sedikit sahaja (secawan kecil air untul 1kg kerang) air hingga mendidih bersama 1 sudu kecil garam dan masukkan kerang beberapa saat, bila kerang terbuka terus angkat dan toskan airnya.
2)Masukkan kerang kedalam ais atau air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
3)Satukan air asam jawa, ,cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung dalam bekas yang sesuai.
4)Gaulkan bersama kerang sehingga sebati.
5) Akhir sekali perahkan limau kasturi , campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan carrot serta daun ketumbar, gaul hingga sebati.
6)Siap dan sedia untuk dinikmati, masin, pedas, manis, masam boleh adjust ikut selera masing-masing.
Pesanan: Jangan rebus dengan air yang banyak nanti kerang tidak manis dan hilang rasa.
Kerabu kerang bole dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi panas, soon celur serta bihun celur.
P/S:
Risiko makan kerang darah terhadap kesihatan.
Sama seperti setiap perkara di dunia ini, pengambilan haiwan laut ini juga mempunyai pro dan kontranya. Pronya adalah ia mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang disenaraikan:
- Kalori dan Lemak
- Protein
- Asam Lemak Omega-3
- Vitamin A
- Vitamin B12
- Vitamin C
- Zat besi
- Kalsium
- Kalium
- Mangan
- Selenium
Kontranya pula adalah ia masih mempunyai risiko terhadap kesihatan kita. Ramai yang belum tahu bahawa haiwan laut ini merupakan salah satu daripada 17 makanan paling berbahaya di dunia. Ini kerana ia banyak mengandungi virus dan bakteria seperti hepatitis A, hepatitis E, tifoid dan disentri yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terhadap kesihatan individu.
Pun begitu, haiwan laut ini sebenarnya masih boleh dinikmati oleh setiap individu. Apa yang penting adalah kebersihannya. Oleh itu, jika anda sudah memasang niat untuk memakannya, tidak salah asalkan anda membersihkannya terlebih dahulu dan proses memasaknya juga perlu betul kerana ia berbahaya untuk dimakan mentah atau secara kurang masak.