Kerajaan Umum Bantuan Kewangan RM700 Untuk Semua Golongan B40 Tahun 2021

Untuk pengetahuan anda, MySalam adalah merupakan salah satu skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh pihak kerajaan yang dapat memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui tabung amanah MySalam.

Seterusnya, tujuan utama pihak kerajaan menyediakan MySalam adalah untuk mewujudkan sebuah skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila mereka mengalami pelbagai penyakit-penyakit kronik serta kritikal.

SYARAT KELAYAKAN MYSALAM

Baca juga : Pendaftaran Jaringan Prihatin B40: Subsidi RM180 / RM300 Untuk Data & Peranti

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):

  • Individu yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  • Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):

  • Untuk penyakit yang kritikal akan menerima bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari.

Info Tambahan:

  • Sedikit info tambahan untuk anda semua, bagi sesiapa mereka yang kena kuarantin tu sebenarnya anda boleh melakukan penebusan MySalam. Walaupun kamu kena kuarantin daripada rumah sahaja tetapi anda semua masih boleh untuk melakukan penebusan. Sebagai contoh, anda telah diarahkan untuk kuarantin selama tempoh 10 hari (RM50X10) = RM500. (Tempoh minimum tebus 1 hari dan maksimum tebus adalah selama 14 hari).

CARA MELAKUKAN PENEBUSAN

Untuk melakukan permohonan, sila rujuk pada pautan yang telah diberikan di bawah ini:

Namun, sebelum anda melakukan penebusan sila pastikan bahawa anda telah melakukan semakan sama ada anda layak untuk menerima bantuan ini ataupun tidak. Untuk ketahui cara melakukan semakan, anda boleh ikuti langkah di bawah ini:

  • Sila layari¬†www.mysalam.com.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
  • Klik semak
  • Dekat bahagian bawah nanti akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak ataupun tidak.

Sekiranya anda layak, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk untuk menebus bantuan ini. Sila rujuk pada pautan yang disediakan di bawah ini.

Cara Pertama: Tuntutan Secara Online

  • Log masuk ke dalam portal rasmi¬†www.mysalam.com.my
  • Jika anda belum mendaftar MySalam sila daftar telebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.
  • Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan nombor telefon, Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas itu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.
  • Sila kemaskini profile anda.
  • Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada dalam gambar)
  • Sila klik hantar
  • Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.

Cara Kedua: Tuntutan Secara Manual

  • Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk MySalam.
  • Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat).
  • Serahkan segala dokumen yang diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in).
  • Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui maklumat lebih lanjut lokasi kiosk MySalam di kawasan anda.

TALIAN BANTUAN

Telefon: 1-300-88-8938

Baca juga : Cadangan Had Pengeluaran i-Citra RM10,000 (One-Off)

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih