in

Kes Jenayah Komersial Rekod Kerugian RM5.8 Bilion

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,862 kes jenayah komersial direkodkan di seluruh negara dimana ia telah membabitkan kerugian berjumlah RM5.8 bilion bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.


Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 20,913 kes atau 4.3 peratus berbanding tempoh  yang sama tahun lalu.

“Daripada jumlah tersebut, 47.2 peratus membabitkan kes pinjaman yang tidak wujud, e-belian, ‘Macau Scam’ dan ‘African Scam’ yang menggunakan internet sebagai medium utama untuk mencari mangsa.

“Disebabkan itu, kita menyedari bahawa kita perlu menyebar ilmu pengetahuan kepada masyarakat supaya mereka dapat mengelakkan diri daripada terus menjadi mangsa sindiket penipuan jenayah siber,” katanya pada ucapan Majlis Perasmian Penutup Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersial: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2010 di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, di sini tadi.

Abdul Hamid berkata, persidangan itu diadakan adalah bertepatan untuk dijadikan sebagai pendekatan terbaik bagi memahami trend strategi dalam menangani ancaman jenayah siber.

“Arus deras modenisasi menyumbang kepada kepelbagaian trend jenayah siber masa kini yang menuntut kita untuk berfikir di luar jangkaan bagi mendepani cabaran ‘dunia baharu’ ini.

“Adanya persidangan sebegini, kita boleh mendedahkan kepada masyarakat mengenai sisi gelap alam maya selain memperkasakan kemahiran pegawai polis khususnya bagi mengendalikan kes jenayah siber,” katanya.

Persidangan yang berlangsung semalam dan hari ini melibatkan seramai 380 peserta terdiri daripada pegawai kanan polis, ahli akademi, pakar industri dan orang awam.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad dan , Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim selaku Naib Canselor Universiti Malaya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Saya Kena Kuat – Remy Ishak

Pemuda Amanah Perak Dapat Ketua Baharu Lagi