KISS Selangor adalah program Kasih Ibu Smart Selangor. Motif.my ingin kongsikan lebih lanjut program KISS negeri Selangor ini. Sila baca sehingga habis dan ambil perhatian.
Pernah dengar mengenai Kasih Ibu Smart Selangor? Ini merupakan berita baik buat wanita – wanita yang tinggal di Selangor dan berkelayakan.
Semasa pembentangan Bajet Negeri 2018, Kerajaan Selangor telah memperkenalkan program baharu dimana program tersebut dapat membantu golongan wanita dan program ini dikhaskan kepada keluarga yang berpendapatan RM2000 dan kebawah.
Program ini dikatakan lebih baik dari Bantuan Rakyat 1 Malaysia kerana dengan wujudnya KISS Selangor ini, setiap ibu yang layak akan menerima bantuan setiap bulan RM200 atau RM2400 bagi setahun.
Dengan wujudnya Kad KISS Selangor, sebanyak 30000 ibu – ibu di Selangor akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, tepung dan juga minyak masak.
Selain itu, dengan adanya Kad KISS ini anak – anak juga akan diberikan peralatan dan pakaian sekolah di pasaraya atau kedai runcit yang akan dikenalpasti.
Insentif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor)
Untuk makluman anda, Kasih Ibu Smart Selangor adalah salah satu daripada insentif Peduli Rakyat dimana ianya akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor sepenuh dengan anggaran kewangan sebantak RM72 Juta.
Bagi ibu – ibu yang berpendapatan isi rumah bawah RM2000 sebulan layak memohon dan menerima bantuan bernilai RM2400 setahun atau RM200 sebulan.
Untuk pengetahuan anda, 1.7% isi rumah berpendapatan sebanyak RM 1999 kebawah dan ianya membabitkan kira kira 30,000 keluarga bersamaan 108,800 isi rumah berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kasih Ibu Smart Selangor itu apa?
Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor bagi menghargai kaum ibu yang telah membuat pengorbanan besar.
Program ini merupakan program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).
Tujuan Program KISS Selangor ini adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas. Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai.
Cara Membuat Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor 2018
Sejak suku pertama 2018, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha untuk memulakan Program Kasih Ibu SMART Selangor
Terdapat 2 Cara untuk membuat permohonan Program KISS iaitu :-
- Secara Atas Talian
- Secata Manual
A. Borang KISS secara Atas Talian
Layari Laman Web KISS
Permohonan KISS Selangor telah ditutup pada 22 Mac 2018
B. Borang Manual KISS
Pendaftaran telah dibuka bermula 13 Disember 2017. Anda boleh dapatkan borang pendaftaram dengan memuatturun dari laman web 👉🏽 www.kiss.com.my atau boleh terus dapatkan borang terus dari Pejabat – pejabat berikut :-
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pusat Wanita Berdaya
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
Selepas anda isi Borang permohonan dengan lengkap, anda hendaklah menyerahkan borang tersebut ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri.
Syarat – Syarat Layak Memohon Kiss
Sila semak syarat – syarat dibawah sebelum membuat permohonan :
- Warganegara Malaysia dan lahir di Selangor atau telah mendaftar sebagai pemilih di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Wanita yang telah berkahwin ataupun seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan/anak yang berumur bawah 21 tahun.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM 2,000 sebulan.
KELEBIHAN YANG DIPEROLEH DARIPADA KAD KISS SELANGOR
- Kad KISS hanya diberikan kepada ahli yang layak sahaja
- Kad KISS bukan sahaja boleh diguna di kedai tetapi juga di pasaraya berdaftar
- Urusniaga pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai
- Setiap bulan Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200
- Jika terdapat baki pada bulan semasa, baki tersebut tidak akan dibawa ke bulan hadapan
- Kad KISS akan ditambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM 200
Barang Keperluan Asas Yang Boleh Dibeli Menggunakan Kad KISS Selangor
- Beras
- Mi/ Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula/ Garam
- Rempah ratus
- Tepung
- Minyak masak
- Sayur-sayuran
- Barangan basah : ikan, ayam, daging
- Bahan pencuci (detergent) / sabun
- Lampin pakai buang samada untuk bayi atau dewasa
- Produk tenusu : susu tepung, susu sejat, susu segar, dan susu pekat manis
- Barangan persekolahan anak – uniform sekolah, buku, peralatan menulis
Hanya barang yang tersenarai di atas yang diluluskan untuk pembelian.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang masalah/ pertanyaan /cadangan, sila hubungi :-
No Telefon : 03.5525.6600
No Faks: 03.5525.6900
Emel : [email protected]
Semoga dengan adanya Program KISS ini dapat meringankan beban keluarga. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Selangor kerana mewujudkan program ini.