in

Kucing “merajuk” Enggan Pulang Ke Rumah

Lagak seekor kucing ‘merajuk’ enggan pulang ke rumah tular di laman sosial menarik perhatian ramai netizen.


Video yang berdurasi seminit itu dimuat naik di Twitter milik @dyradyre yang memaparkan seekor kucing dewasa bernama Oren dipujuk oleh pemiliknya namun begitu kucing itu seolah-olah tidak menghiraukan pujukan itu sambil menoleh ke tempat lain.

Setelah pelbagai cara dilakukan, akhirnya Oren keluar daripada pintu pagar sebuah rumah yang tiada penghuni itu.Perkongsian video itu mencuit hati netizen yang menyifatkan Oren seekor kucing yang manja dan comel.

Kata @RosmanPositivo,”Kucing-kucing nakal macam ini selalunya memang manja dengan ayahkan,” ciapnya.

“Kucing memang manja eh dengan abah ni, dengan aku kucing aku manja jugak tapi kalau dengan bapa aku lagi dia mengada nak mampuih,” kata @faramegat_ pula.

Video itu meraih lebih 609,700 tontonan, 38,700 tanda suka dan 42,500 ulang ciap daripada netizen.

Link Twitter – https://twitter.com/dyradyre/status/1190601241916690432

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PLUS Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Mulai Selasa Ini

Lelaki Maut Rempuh Teksi