• Keluarga
  • Portal
  • bantuan kerajaan
  • jawatan kosong
  • Gosip Artis Malaysia
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Baki KWSP bawah RM10,000, Melayu paling ramai

Umairah by Umairah
October 31, 2021
in Info Terkini
0
Baki KWSP bawah RM10,000, Melayu paling ramai

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menganggarkan bahawa ahli-ahli yang terkesan perlu bekerja antara empat hingga enam tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa pandemik Covid-19.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, kemudahan pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra telah mengakibatkan kejatuhan yang ketara dalam peratusan ahli yang mencapai simpanan asas iaitu RM240,000 pada 55 tahun, iaitu daripada 36 peratus pada tahun 2020 kepada anggaran 27 peratus pada hujung tahun ini.

“Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

“KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat,” menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

Disebabkan itu, KWSP kini fokus dalam membantu ahlinya membina semula simpanan demi masa depan semasa persaraan.

KWSP memberikan jaminan tersebut setelah kemudahan pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra yang diperkenalkan berikutan pandemik Covid-19 mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahli, atau lebih daripada separuh jumlah keseluruhan ahli KWSP.

Katanya, walaupun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah simpanan yang telah dikeluarkan kini telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

“Kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli Bumiputera, memandangkan seramai 78 peratus, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

“Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2 juta, atau 25 peratus mempunyai kurang daripada RM1,000, ” menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Tambahan lagi, KWSP menyifatkan bahawa pengagihan simpanan telah menjadi semakin tidak saksama.

“Kumpulan 40 peratus terbawah ahli KWSP yang lebih kurang 5 juta ahli menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan median sebanyak RM1,005.

“Kumpulan 40 peratus pertengahan juga mengalami kejatuhan sebanyak 18% kepada RM155 bilion, atau baki median sebanyak RM24,995,” katanya.

Kata KWSP, hanya kumpulan 20 peratus teratas yang berumur di bawah 55 tahun menyaksikan kenaikan dalam simpanan, namun ini mencapai median berjumlah RM152,043, atau bersamaan dengan hanya RM633 sebulan untuk 20 tahun.

“Ketiga-tiga pengeluaran luar biasa ini telah menyebabkan 73 peratus, atau hampir tiga perempat, ahli berada dalam situasi serius di mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan,” katanya.

Bagaimanapun, KWSP yakin Pelan Pemulihan Negara, program vaksin, kes harian Covid-19 dan kemasukan ke hospital yang telah menurun secara konsisten, membolehkan sektor ekonomi dapat dipulihkan semula sementara rakyat Malaysia keluar semula bekerja dan sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka.

Selain itu, katanya, Bajet 2022 menyaksikan peruntukan RM8.2 bilion untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan RM4.8 bilion untuk Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), serta pelbagai langkah mencerminkan pendirian kerajaan dalam memperkukuhkan agenda perlindungan sosial untuk rakyat Malaysia.

“Usaha ini juga dapat dilihat melalui kesinambungan insentif i-Saraan dan Kasih Suri Keluarga Malaysia. Usaha-usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu ke arah menangani sebarang kepincangan sistem perlindungan sosial negara untuk masyarakat rentan, bagi memastikan mereka diberi akses kepada mencapai taraf hidup minimum biarpun dalam persekitaran yang tidak dijangka.

“Agenda perlindungan sosial yang diterajui oleh Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, kini sedang mengkaji pembaharuan asas kepada sistem perlindungan sosial negara.

“KWSP menyokong penuh langkah-langkah ini dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan masa depan yang terjamin dan terpelihara untuk ahli dan rakyat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Previous Post

Permohonan Terakhir E-Kasih Boleh Dibuat Pada Hari Ini!

Next Post

BKC 2 – Anda Boleh Membuat Semakan Pada Hari Ini

Umairah

Umairah

Berpengalaman dalam dunia blogging dan penulisan info-info bantuan kerajaan terkini.Suka menulis artikel yang mendalam supaya memudahkan pembaca untuk mendapatkan info lengkap di Motif.My.

Next Post
bantuan khas covid

BKC 2 - Anda Boleh Membuat Semakan Pada Hari Ini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
  • JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR & PENOLONG GURU TABIKA KPN. GAJI RM1,500-RM1,700
  • Tatacara Tebus RM100 eMadani Bermula Isnin ini
  • Jawatan Kosong Kerani Seluruh Malaysia
  • Tambahan RM200 Buat Golongan Bujang – Semua Golongan
No Result
View All Result

Artikel Paling Hot

  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Term Of Use

© 2023 Motif Media

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×