in

Lelaki Maut Rempuh Teksi

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang dinaikinya merempuh sebuah teksi di persimpangan jalan ke Taman Rasah Jaya, Jalan Rasah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, Mohamad Zubair Mohamad Zulkarnian, 22, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, semasa kejadian mangsa berada di sebelah kiri teksi namun gagal mengelak kenderaan berkenaan yang sedang membelok.

“Siasatan awal mendapati pemandu teksi dalam perjalanan dari arah Mambau menuju ke Taman Rasah Jaya dan sebaik tiba di persimpangan Jalan Mambau, pemandu berusia 45 tahun itu membelok ke kanan.

“Bagaimanapun sebuah motosikal Yamaha RXZ yang ditunggang mangsa datang dari arah kiri lalu melanggar bahagian tepi teksi berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu penunggang motosikal yang tinggal di Taman Sungai Ujong itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk dibedah siasat.

Bagaimanapun pemandu teksi yang berasal dari Taman Rasah Jaya tidak mengalami kecederaan.

“Pihak kami sudah mengambil keterangan daripadanya dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kucing “merajuk” Enggan Pulang Ke Rumah

Arab Saudi Beri 300 Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia