LPPSA – Borang, Kelayakkan & Semakan LPPSA

Motif.my ingin berkongsi kepada anda mengenai LPPSA – Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang menyediakan pinjaman perumahan. Anda boleh dapatkan borang, syarat kelayakkan LPPSA dan semakan baki pinjaman perumahan disini.

Kakitangan awam yang membuat pinjaman perumahan daripada LPPSA kini boleh membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara atas talian dan juga Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Untuk pengetahuan anda, bermula dari 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah diperbaharui kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Langkah Untuk Menyemak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Dibawah ini dikongsikan langkah – langkah mudah untuk membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara atas talian dan juga SMS.

Semakan Bagi Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Atas Talian Dan SMS

Terdapat 2 kaedah semakan pinjaman perumahan kerajaan iaitu secara atas talian dan SMS.

 

Kaedah semakan pertama adalah melalui Semakan secara atas talian. Pengguna perlu melayari Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB). Jika anda merupakan Pengguna baru, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu.

  1. Pendaftaran boleh dibuat  di “DAFTAR BARU” (REGISTER)
  2. Pilih klasifikasi perkhidmatan iaitu diantara : Perkhidmatan Awam, Polis, Tentera, Anggota Pentadbiran Kerajaan Tempatan / Badan Berkanun & LPPSA
  3. Pilih Gelaran
  4. Isikan Nama Dalam Kad Pengenalan
  5. Seterusnya ikuti langkah-langkah  sehingga selesai pendaftaran

 

Panduan pengguna boleh dapatkan di 👉🏽 MANUAL SPPB

Pengguna yang telah mendaftar sebagai pengguna boleh mula mengakses perkhidmatan – perkhidmatan seperti :

  1. Semakan status permohonan baru
  2. Status bayaran kemajuan
  3. Status baki pinjaman
  4. Penyata tahunan
  5. Penghantaran hakmilik
  6. Bayaran balik pinjaman

Untuk membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara atas talian, sila

    1. Layari 👉🏽 Jom Semak LPPSA : SEMAK BAKI
    2. Klik Logmasuk
    3. Isikan kata laluan

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Melalui SMS

Selain dari menggunakan kaedah atas talian, semakan bagi baki pinjaman  boleh menggunakan khidmat SMS (mySMS 15888).

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Berikut adalah langkah mudah untuk membuat semakan menggunakan SMS :-

Taip LPPSA <jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan

Contoh : LPPSA BAKI 770311054788

Dan hantar SMS ke 15888

Maklumat lanjut yang lebih jelas, sila rujuk lampiran dibawah ini.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan bantuan permohonan, anda boleh menghubungi :

BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN
PERBENDAHARAAN MALAYSIA
NO 9 KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62592 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA http://bpp.treasury.gov.my

Bantuan Permohonan

Tel : 03 – 8880 2061
Tel : 03 – 8880 2561

Semoga dengan wujudnya kaedah Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara atas talian dan SMS ini dapat memudahkan lagi para peminjam.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×