Madu Kelulut - Khasiat & Cara Minum
in

Madu Kelulut – Khasiat & Cara Minum

Madu Kelutut, khasiat madu kelulut dan cara minum madu kelulut yang betul ada disini. Sila hadam ilmu ini sehingga habis.
 
Dr Hisham bin Hashim, beliau ialah seorang herbalis dan gemologis telah menerangkan mengapa kadang-kadang kita makan madu tapi penyakit tidak sembuh?
 
Sedangkan dalam hadis dan alquran beritahu madu adalah salah satu penawar terbaik.
 
Setiap madu yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang dilepaskan.
 
Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir.
TETAPI KENAPA KITA MAKAN TAPI TAK JADI UBAT?
 
Mungkin kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya.
 
Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.
 
“Sebab Allah cipta alam semesta ini ada frekuensinya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”
 
Sebelum ambil madu, betulkan dulu cara hidup anda.
 
Pastikan jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat bersenam, amalkan sunah-sunah Nabi Muhammad SAW sewaktu makan, tidur dan sewaktu amalkan kehidupan seharian.
 
Di bawah saya share cara terbaik untuk makan madu kelulut dan madu lebah.

Cara Makan Madu Kelulut

Madu kelulut tidak sepanas madu lebah. Saranan untuk minum madu kelulut:

☆ Minum satu sudu besar pada waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam.
☆ Anda juga boleh campur madu ke dalam segelas air untuk diminum.
☆ Madu kelulut pula boleh diminum sebelum makan atau selepas makan.
☆Amalkan setiap hari secara berterusan.

☆☆☆ Khasiat Madu Kelulut ☆☆☆

● Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan.
● Menambahkan tenaga batin.
● Menjaga kecantikan,menguatkan wanita yang baru bersalin.
● Merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

☆☆☆ Hasil Kajian & Pendapat ☆☆☆

“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. Madu kelulut mempunyai rasa yang agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar.

Penyakit yang banyak disembuhkan melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipertensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan serta bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan.

Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif.

Terdapat juga kajian dijalankan pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menopause menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantumanguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Adam

Adam mempunyai disiplin tinggi dalam penulisan. Setiap berita dan artikel ditulis dengan penuh teliti dan fakta. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Adam di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Didik Anak Jadi Budak Baik (Nasihat Pakar Kanak-Kanak)

Cara Urus Anak Ramai