Cara Makan Madu Kelulut
Madu kelulut tidak sepanas madu lebah. Saranan untuk minum madu kelulut:
☆ Minum satu sudu besar pada waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam.
☆ Anda juga boleh campur madu ke dalam segelas air untuk diminum.
☆ Madu kelulut pula boleh diminum sebelum makan atau selepas makan.
☆Amalkan setiap hari secara berterusan.
☆☆☆ Khasiat Madu Kelulut ☆☆☆
● Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan.
● Menambahkan tenaga batin.
● Menjaga kecantikan,menguatkan wanita yang baru bersalin.
● Merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
☆☆☆ Hasil Kajian & Pendapat ☆☆☆
“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. Madu kelulut mempunyai rasa yang agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar.
Penyakit yang banyak disembuhkan melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipertensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan serta bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan.
Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif.
Terdapat juga kajian dijalankan pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menopause menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantumanguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.