in

Makan Untuk Hidup Bukan Hidup Untuk Makan – pesan Tun M

BANGKOK: Pemimpin tertua di dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad, 94, telah merancang untuk menulis mengenai rahsia kesihatannya yang masih kekal sihat hingga sekarang selepas sentiasa ditanya mengenai tips dalam dialog dan sidang antarabangsa.

Perdana Menteri Malaysia itu telah memberitahu peserta sesi dialog Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2019 (ABIS), di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT, beliau tidak makan berlebihan untuk kekal cergas dan sihat.

“Makan untuk hidup dan bukalah hidup untuk makan. Jika makanan tersebut sedap adalah lebih baik berhenti makan… ini nasihat arwah ibu saya.

“Elakkan makanan yang banyak lemak, gula dan karbohidrat… mungkin susah bagi kita buat namun kita harus cuba untuk mendisiplinkan diri.

“Apabila saya dapati ramai yang bertanyakan mengenai tips dan juga rahsia penjagaan kesihatan… saya terus terpanggil untuk menulis mengenainya. Namun ianya bukan menerusi bukti saintifik tetapi lebih kepada pengalaman yang saya lalui,” katanya.

Tun Dr Mahathir juga berkongsi mengenai tips kesihatan dengan berkata, kena sentiasa kekal aktif dan melakukan senaman bagi menguatkan otot dan minda.

Beliau berkata, aktif bermaksud menggerakkan seluruh sistem badan bukan hanya otot.

“Jika kita sentiasa menggunakan minda dan menggerakkan otak kita dengan bercakap, berfikir, berdebat, beri pandangan dan sebagainya dapat mengaktifkan otak untuk berfungsi dengan baik.

“Jika tidak berfungsi baik ke atas sesuatu perkara… ulang lakukan perkara yang sama kerana apa yang kita lakukan berulang kali kita mudah ingat,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bahang Panas Di Bukit Jalil

Hael Terpaku Dapat Kenderaan Mewah