in

Mangsa Taufan Bulbul Meningkat 14 Orang

KHULNA (Bangladesh): Seramai 14 orang maut manakala lebih daripada dua juta orang penduduk terpaksa ditempatkan di pusat perlindungan disekitar kawasan tersebut selepas Taufan Bulbul melanda India dan Bangladesh, kata pihak berkuasa hari ini.

AFP melaporkan, taufan tersebut membawa angin pada kelajuan sehingga 120 kilometer sejam ketika ia mula melanda semalam dan telah menyebabkan pelabuhan serta lapangan terbang terpaksa ditutup di kedua-dua buah negara.

Press Trust of India melaporkan, seramai tujuh mangsa maut di Bengal Barat, India termasuk dua mangsa yang terbunuh akibat daripada pokok menghempap kediaman manakala seorang lagi ditimpa dahan di Kolkata.

Mangsa ke-8 pula maut dihempap dinding yang runtuh berhampiran negeri Odisha sementara enam orang dilaporkan maut di Bangladesh dan sekurang-kurangnya 20 cedera.

Manakala lima nelayan dilaporkan masih hilang selepas bot pukat tunda mereka karam di sungai Meghna berhampiran pula Bhola, kata pentadbir daerah, Masud Alam Siddiqui kepada AFP.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasha Saidin Nikah Kali Ketiga?

Tiga Bersaudara Lemas