Masa untuk kembali guna kain lampin, Balkisyh nasihat ibu bapa tak asyik harap bantuan ‘diaper’ – “Ikut cara mak kita dulu… keadaan terdesak”

CADANGAN pelakon Balkisyh Semundur supaya ibu bapa menggunakan kain lampin untuk anak kecil mereka ketika berdepan masalah ekonomi disambut baik netizen.

Balkisyh, 34, berkata idea itu timbul selepas melihat ramai yang meminta bantuan berupa lampin pakai buang (diaper) daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang disertainya.

Bagaimanapun kata Balkisyh, pihaknya mahu mengutamakan bantuan makanan kepada keluarga yang terputus bekalan terlebih dahulu.

“Saya cadangkan untuk pakai kain lampin macam mak-mak kita buat zaman dulu… sebab sekarang memang kita dalam keadaan terdesak.

“Ramai yang DM (mesej langsung) kepada saya minta tolong untuk dapatkan bekalan diaper anak mereka. Bukan tak nak tolong tapi sekarang NGO yang saya sertai lebih mementingkan bantuan makanan kepada keluarga yang terkesan.

Balkisyh sarankan kepada ibu bapa supaya kembali menggunakan kain lampin.

“Setakat ini, saya tengok semua sambut baik cadangan itu, tiada pula yang menghentam. Itulah hakikatnya sekarang ini kita kena kembali ke cara lama, kain lampin adalah penyelamat terbaik buat ketika ini, ” katanya ketika dihubungi mStar.

Pelakon drama bersiri Mok Cun ini bergiat aktif bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak dua tahun lalu.

Saya cadangkan untuk pakai kain lampin macam mak-mak kita buat zaman dulu… sebab sekarang memang kita dalam keadaan terdesak.

BALKISYH SEMUNDUR KHAN

PELAKON

“Tugas saya adalah kumpulkan data seperti nama, alamat dan nombor telefon individu dan keluarga yang terkesan. Mereka akan DM saya di Instagram dan Facebook, selepas itu saya akan salurkan maklumat itu kepada PPIM.

“Kemudiannya, setiap kami akan salurkan bantuan mengikut alamat mereka yang terkesan. Saya memang dah lama buat kerja ini cuma tidak hebohkan.

“Sepanjang bertugas dengan NGO ini, saya pernah dengar aduan daripada penerima bahawa ada NGO lain kadang-kadang bagi barang makanan tidak berkhasiat seperti mi segera.

“Pendapat saya kalau boleh NGO-NGO lain dapat beri makanan berkhasiat seperti ikan bilis atau udang kering sekurang-kurangnya dapatlah mereka buat nasi goreng untuk anak-anak, ” katanya lagi.

Balkisyh bersama dua anaknya.
Selain itu, Balkisyh turut berpendapat agar pihak NGO yang mahu menghulurkan sumbangan agar merahsiakan identiti penerima.

“Kalau boleh elakkan berkongsi identiti penerima bantuan, ni kadang-kadang saya tengok mereka tunjuk rumah nak roboh.

“Kita kena juga tutup aib mereka sebab tak semua yang suka kita dedahkan tentang mereka.

“Itu antara DM yang saya dapat daripada penerima, sebab itu mereka kata lebih senang berhubung dengan PPIM yang tidak pernah sesekali kongsikan gambar penerima di laman sosial, ” katanya.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih