Kecoh di media sosial apabila seorang Pencetus Ummah (PU) meminta Caprice untuk menguruskan soal aurat isterinya terlebih dahulu sebelum campur tangan perkara lain.
Terbaru, isteri Caprice iaitu Farra Inalis dilihat memuat naik satu posting di Instagram yang didakwa berbaur sindiran.
Untuk siapa?
Menerusi posting itu, Farra menyatakan orang yang berfikiran tertutup biasanya akan bercakap ‘lebih’ tentang individu lain. Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah ayat ‘mulut sentiasa terbuka’ yang ditulisnya.
Melihat ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa posting Farra mempunyai maksud tersirat untuk disampaikan. Malah ada yang mendakwa Farra seolah-olah mahu mengarahkan jawatan itu kepada PU yang bercakap mengenainya. Farra turut meletakkan emoji ‘sedih’ di Instagram Storynya.
Sebelum ini, Caprice berjaya mendapat sokongan daripada netizen kerana berani mendedahkan perbualan seorang pemuda yang didakwa menjadi mangsa penderaan seksual oleh pendakwah bebas.