Emas memang menjadi barang perhiasan kegilaan wanita kerana nilainya yang tinggi dan melambangkan kekayaan. Namun ada juga yang tidak kisah jika tidak dapat memilikinya asalkan keperluan keluarga dipenuhi.
Masih ramai isteri-isteri yang tak pernah memakai barang kemas selama bertahun-tahun perkahwinan kerana belom pernah cukup duit nak beli walaupun hanya sebentuk cincin sahaja.
Terkadang bukan kerana suami tak mahu belikan emas, atau bukan kerana tak mahu ada aset dengn menyimpan barangan kemas. Tetapi kerana wang perlu digunakan untuk banyak keperluan yang lain seperti untuk anak-anak dan juga keluarga.
Jika isteri-isteri tidak pernah meminta, tidak pula merungut atau tidak berpuas hati. K hargailah mereka sebagai pasangan hidup yang baik dan reti bersyukur. Walaupun emas sekarang menjadi trend, mereka tetap tersenyum walau tak ada perhiasan diri.
Kerana mereka tahu, yang utama adalah memahami suami dan tidak membebankannya. Hargailah pasangan sebegini, yang sanggup susah senang bersama tanpa membebankan pikiran tpada benda yang tidak perlu dan tidak berkendakkan perkara mengikut nafsu semata.
Masih ramai isteri yang merasakan tidak perlu pun bersaing walau terpaksa hidup dalam kekurangan. Bersyukurlah, kalau kalian salah satu dari mereka. Moga Allah swt melimpahkan rahmat dalam rumahtangga yang penuh kesyukuran.
Masih ada, isteri yang hidup apa adanya. Walaupun org lain dah jauh kehadapan, mereka tetap setia utuh bersama. Walau terpaksa duduk di rumah, berpenat lelah menjaga anak dan mengurus hal rumahnya. Walau tak pernah disajikan kemewahan dan tak pernah dibawa bercuti kerana kurang kemampuan pasangannya. Dia tetap bahagia. Kerana bahagia itu milik Allah dan kurniaan Allah swt kepada hambaNya.
Rumahtangga yang bahagia bukanlah harta, bukanlah rupa dan bukanlah kedudukan. Tetapi keikhlasan menerima segala kekurangan pasangan dan bersyukur apa adanya. InshaaAllah bahagia dunia dan akhirat.