Matrikulasi – Permohonan Sesi 2019/2020 KPM

Program Matrikulasi merupakan salah satu pilihan untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi. Mulai tahun 2016, lulusan Matrikulasi KPM akan menerima sijil, sama seperti lepasan STPM.

Ianya bagi memudahkan mereka untuk memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Kepada pelajar yang berminat untuk memohon ke Program Matrikulasi, disini Motif.my kongsikan sedikit sebanyak maklumat penting mengenai permohonan Matrikulasi bagi sesi 2019/2020 secara online.

Untuk mengetahui senarai lokasi serta alamat dan maklumat penting lain seperti no. Tel boleh rujuk disini 👉🏽 Senarai Kolej Matrikulasi

Pemohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2019-2020 telah dibuka bermula 19 Julai 2018.

Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh di buat secara online melalui PMI sehingga 30 November 2018.

Semakan keputusan PSPM (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi) Terkini

Klik 👉🏽 PSPM PST PDT

Permohonan Matrikulasi 2019/ 2020 Online (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh penting permohonan, langkah – langkah permohonan dibuat beserta link aplikasi atas talian serta syarat kelayakan.

PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI KPM

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA : 12.00 tengahari / 19 Julai 2018
TARIKH PERMOHONAN DITUTUP : 11.59 malam / 30 November 2018

Program pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
PROGRAM MATRIKULASI SISTEM 2 SEMESTER

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
NOJURUSANNOTA
1Sains
2Kejuruteraan
3Perakaunan
4Perakaunan ProfesionalBumiputera Sahaja

 

PROGRAM MATRIKULASI SISTEM 4 SEMESTER

NOJURUSANNOTA
1Sains Bumiputera Sahaja

 

Pelajar harus memastikan telah melepasi syarat kelayakan minimun sebelum memohon. Syarat kelayakan minimun bagi Program Matrikulasi KPM seperti berikut :

Klik 👉🏽 SYARAT PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI

Pemohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM adalah secara atas talian sahaja melalui aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI).

Berikut adalah langkah – langkah memohon  bagi kemasukan ke Program Matrikulasi :

Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui atas talian dengan melayari laman sesawang  matrikulasi.moe.gov.my mulai 19 Julai hingga 30 November 2018 di pautan berikut :-

  • Menu Utama Aplikasi Permohonan Program Matrikulasi
  • Sistem Borang Permohonan Online Program Matrikulasi 2019
  • Login borang menggunakan No KP dan No PIN

✨ Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan semasa mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan

✨ Pastikan anda menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:-

  • Bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
  • No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan
  • No. Pin 5 digit

✨ Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang kad GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut

✨No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga bagi membuat pindaan ataupun pembetulan butiran permohonan. No. Pin ini adalah sulit dan hendaklah dirahsiakan.

✨ Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No. Pin untuk membuat permohonan

✨ Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin. Boleh mendapatkan No. Pin. Tersebut dengan membayar RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) di mana-mana kaunter BSN

✨Setelah selesai mengisi borang atas talian, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Matrikulasi 2019, rujuk pada maklumat berikut :

permohonan-matrikulasi-2019

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×