Melatih anak buang air besar bukanlah satu perkara yang mudah kan? Takpe, sini kami ajar anda cara mudah melatih anak buang air besar.
Jika anak anda mahu tukar pampers selepas buang air kecil, itu adalah tanda-tanda anak anda mahu bebas pampers.
Antara benda yang baik kalau anak bebas pampers, kita akan dapat jimat wang pembelian pampers. Tapi untuk melatih anak buang air besar, kena ada usahalah. Jom kita ikuti tip yang mudahkan anak bebas pampers.
1. Buang karpet sekejap
Bagi hint sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal kepada anak yang kita nak melatih dia ke toilet. Kalau boleh semasa mereka dalam fasa tidur-tidur ayam. Waktu ini minda separa sedar mereka lebih mudah menerima arahan.
Ketepikan semua kapet atau apa sahaja yang berada di atas lantai.
2. Beli seluar selesa dipakai anak
Kadang anak tak suka pakai seluar dalam. Jadi ikut keselesaan anak. Sediakan juga toilet bowl yang sesuai dengan usia mereka.
3. Ajar bahasa dan perkataan mudah
Gunakan bahasa yang mudah mereka fahami contohnya ‘shee’ untuk buang air kecil atau ‘poop’ / ‘uk uk’ untuk buang air besar.
4. Kerap tanya
Bawa anak ke toilet sekerap mungkin. Anda boleh mulakan dengan setiap setengah jam pada hari pertama. Tapi biasanya orang buat dua jam sekali, tengok sekerap dan banyak mana anak minum susu.
5. Jangan lupa puji!
Berikan pujian kepada anak setiap kali mereka berjaya buang air dalam toilet dan jangan sesekali tunjukkan yang anda kecewa dan marah mereka setiap kali anak terbabas. Katakan kepada mereka, ”Tak apa sayang, kita cuba lagi, ok? Sayang ibu terlupa nak pergi toilet, ea?”
6. Pastikan ada ganjaran
Apa salahnya berikan sedikit ganjaran apabila anak kita berjaya. Tak perlu mahal, sediakan Sticker setiap kali anak berjaya buang air dalam toilet pun dah cukup. Serius anak akan happy sangat!
7. Letak pelapik
Peringkat awal, ibu boleh letakkan pelapik atau alas pada tempat tidur mereka. Gunakan alas yang kalis air.
8. Kalau berjalan kena rajin singgah
Jangan kelirukan anak ya, waktu berjalan ibu tak confident… jadi terus pakaikan anak pampers. Itu salah! Ibu kena rajin menyinggah dan pastikan anak betul-betul boleh ingat yang dia dah bebas pampers.
9. Wajib ajak ke tandas sebelum tidur
Ini part penting. Kalau skip, insyaAllah anda terpaksa angkat tilam dan jemur diluar.
Sebelum anak anda masuk bilik untuk tidur, pastikan anak tersebut sudah buang air terlebih dahulu. Kalau mereka tertidur, kejutkan semula supaya pergi kencing dahulu dan kemudian barulah tidur.
Selalunya ramai ibu yang mengalah bab ini kerana tak sabar bila latih anak. Tak sanggup kena lap dan mop air kencing anak merata. Tetapi sebenarnya anda perlulah bersabar semasa melatih anak-anak untuk tidak memakai pampers. Hasilnya kerja-kerja harian anda akan lebih mudah kerana anak anda sudah pandai berdikari.