“Minum Dua Liter Air Kosong..,” Kekal Cantik Di Usia 43 Tahun, Sarimah Ibrahim Kongsi Rahsia Awet Muda

Memiliki penampilan yang awet muda memang menjadi idaman semua orang terutama wanita di luar sana.

Semakin meningkat usia, wajah seseorang akan kelihatan lebih lesu dan bintik-bintik kedutan pasti akan muncul. Ini boleh menjejaskan individu dalam kehidupan seharian mereka.

Lebih-lebih lagi jika wajah ‘awet muda’ itu akan memberikan kita lebih keyakinan untuk berhadapan dengan dunia luar. Oleh itu, penjagaan kulit dari peringkat awal amat penting agar kekal kelihatan muda dan bertenaga.

Bercakap mengenainya, kebelakangan ini ramai yang memperkatakan mengenai selebriti dan pengacara, Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim yang kelihatan seperti ‘remaja’ walaupun berusia 43 tahun kerana wajahnya yang masih muda.

Dalam tweet di Twitter, dia berkongsi rahsia yang sering diamalkan untuk kekal menawan dan sihat selepas ditanya oleh netizen.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Menurutnya, dia telah mengamalkan minum dua liter air kosong setiap hari dan minum sebiji oatmilk latte sebelum bersenam.

“40 minit kardio kaw kaw, tujuh jam tidur. Bernafas secara dalam ke bawah perut,” katanya.

Tambahnya lagi, elakkan memakai foundation setiap hari dan rajin mencuci muka setiap malam sebelum tidur serta gunakan produk yang mempunyai SPF 50 plus.

Tips Sarimah Ibrahim.

Untuk makluman, tweet itu telah mendapat lebih 2,600 Retweets dan lebih 5,000 tanda ‘Suka’ di media sosial Twitter. Rata-rata warganet memberikan reaksi positif dan kagum dengan tips yang diamalkan oleh beliau.

Terdahulu, Sarimah mencuri tumpuan selepas membuat kemunculan istimewa di rancangan Gegar Vaganza Musim Ke-9 pada Ahad lalu.

×
Scroll to Top