in

Motosikal Dirempuh Ambulans, Pelajar IPTA Maut

KANGAR – Seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis maut ditempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah ambulans di Jalan Kangar – Alor Setar pada petang tadi.


Ketua Polis Kangar, Perlis, Wari Kiew berkata, kejadian berlaku pada jam kira kira 2.15 petang yang melibatkan sebuah ambulans dan juga motosikal. namun begitu, pemandu ambulans yang berusia 27 tahun hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian dada.

Menurut pemandu ambulans tersebut, kejadian itu berlaku ketika pelajar tersebut ingin membelok ke kanan namun dirempuh ambulans yang datang dari arah belakang.

“Pemandu ambulans tidak sempat mengelak lalu melanggar sebelah tepi kanan motosikal tersebut.

“Pelanggaran tersebut telah menyebabkan pelajar berkenaan diseret kira-kira 15 meter manakala ambulans berkenaan terbabas masuk ke dalam parit di sebelah kanan,” katanya.

Wari berkata, motosikal yang ditunggang oleh pelajar berkenaan mengalami kerosakan teruk manakala ambulans berkenaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan iaitu pecah lampu hadapan kanan dan pecah cermin hadapan.

Katanya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Akan Tetap Setia Dengan Suami Walaupun Diuji – Isteri Amar Asyraf

Jawatan Exco di Terengganu Dan Kelantan Sudah Penuh – Tuan Ibrahim