in

Nadia Brian, Muizz Nasruddin Sah Bergelar Suami Isteri

Pelakon drama Lelakimu Yang Dulu, Nadia Brian selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muizz Nasruddin kira-kira jam 12.03 tengah hari semalam.

Majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas tujuh, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 serta wang hantaran RM50,000.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Muhammad Shahar Abidin, Imam Masjid Al Ikhlas, Shah Alam,

“Alhamdulillah segala yang dirancangkan selama ini dipermudahkan dan sekarang saya dan suami akan menjalani fasa baharu dalam kehidupan iaitu kehidupan perkahwinan.

“Insya Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, mula berkenalan dengan suaminya melalui teman baik yang juga merupakan seorang pelakon, Ainul Aishah dua tahun lepas. Pasangan terbabit akan diraikan malam tersebut dalam majlis resepsi di lokasi sama.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Guru Hamil Cedera Ditikam Suami Sendiri

Tahniah Buat Skuad Muda Negara!