in

Nahas Dua Lori, Seorang Maut Tersepit

TANJUNG MALIM – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya melanggar sebuah lori yang membawa muatan barang runcit di Kilometer 373.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Slim River di sini malam tadi.

Semasa kejadian sekitar jam 12.30 malam itu, Mohd Tomari Mohd Jaka, 37, yang beralamat di Batu Pahat, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit didalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, melalui rakaman percakapan oleh pemandu lori yang terselamat, kejadian berlaku ketika dia sedang memberhentikan kenderaannya dengan memberikan isyarat lampu (double signal) akibat kesesakan jalan.

Pemandu berusia 41 tahun itu memberitahu ketika kejadian, pekerja lebuh raya sedang meletakkan kon di sebelah kiri jalan untuk kerja-kerja pembaikan.

Keadaan lori yang remuk menyebabkan mangsa tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Ketika itu, pemandu berkenaan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang dan mendapati lorinya telah dilanggar oleh lori lain yang dipandu mangsa.

“Lelaki itu kemudiannya menghubungi pihak Plus bagi mendapatkan bantuan selepas melihat mangsa tersepit,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di fyqa@motif.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bayi Mati Dengan 89 Kesan Dera

Dua Beradik Perempuan Antara Empat Ditahan Aktif Samun