Nak Kahwin Dengan Anak Sulung, Ini 5 Karakter Mereka Yang Korang Kena Tahu, ok?
Anak sulung selalunya dikaitkan sebagai seorang yang garang, tegas dan menakutkan.
Terbawa-bawa gelaran ‘kak long’/’abang long’, ramai yang menganggap anak sulung ni mempunyai karakter dominan dalam pergaulan mereka.
Tapi kena ingat yang tak semua macam tu tau.
motif.my nak share 10 karakter berdasarkan pemerhatian sekeliling yang perlu anda tahu sebelum memilih anak sulung sebagai pasangan hidup anda.
1. Matang
Biasalah anak pertama kan, perangai ‘kakak-kakak’ atau ‘abang-abang’ tu wajib ada. So karakter matang ni selalu dikaitkan dengan anak yang sulung.
2. Mudah memaafkan, tidak kedekut, murah hati
Tidak berdendam, anak sulung ni juga sejenis yang mudah untuk memaafkan, tak kedekut pulak tu. Paling penting, sentiasa murah hati.
3. Nampak je garang tapi sebenarnya lembut hati
Dah jadi kakak atau abang, kena la tegas sikit kan? Luar je nampak garang, tapi dalam hati ada taman okay!
4. Penyayang, mudah mesra
Dari kecil lagi mak ayah sudah pupuk sifat penyayang pada anak yang pertama ni. Iye la mana taknya, siapa lagi yang hendak jaga dan sayang adik-adik kalau bukan kak long atau abang long kan? Hiks!
5. Manja tapi tak tunjuk
Jangan tak tahu, anak pertama ni sebenarnya manja juga tau. Tapi tak tunjuk sangat pun sebab baru nampak cool kan?
Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar pemerhatian dan mungkin segelintir daripadanya mempunyai sikap yang berlainan.