in

‘Nasib Anak, Rakan Sempat Selamatkan Diri’

SEREMBAN – “Mujur anak serta rakannya sempat menyelamatkan diri selepas mereka terhidu bau hangit sebelum api mula merebak,” kata Asihar Idris, 46, yang lega tiada mangsa yang terkorban apabila rumahnya di Rumah Pangsa Garden Avenue terbakar pagi semalam.


Asihar berkata, semasa kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, seorang daripada lima anaknya berada di rumah bersama seorang rakannya manakala dia bersama isteri serta empat anak yang lain tiada di rumah.

“Akibat kebakaran itu, banyak barang dalam rumah musnah dan tidak boleh digunakan lagi.

“Malah peti sejuk beku yang saya belikan untuk isteri dua minggu lepas turut rosak,” katanya selepas menerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon di rumahnya di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil.

Nicole menyampaikan sumbangan kepada keluarga berkenaan.

Malah, dia serta keluarga juga terpaksa menumpang tinggal di rumah rakannya di Seremban 2 sementara menunggu rumah mereka dibaik pulih.

Sementara itu, Nicole berkata, JKM sudah menyerahkan bantuan kelengkapan asas seperti tikar, kain batik, kain pelikat, selimut, tuala, dan kit kebersihan semalam.

“Hari ini pihak kami menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai RM200 melalui Bantuan Segera Bencana Alam (BSBA) selain akan memberikan bantuan untuk ganti rugi alatan rumah serta peralatan persekolahan anak mangsa melalui Bantuan Pemulihan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd Syazwan Saidy berkata, bomba berjaya tiba di lokasi dan dapat mengawal kebakaran di bahagian dapur rumah itu daripada merebak ke ruang lain serta unit bersebelahan.

Beliau berkata, api dapat dipadamkan sepenuhnya 10 minit dan kediaman itu musnah 30 peratus.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Harap Ada Keajaiban Dari Allah yang Maha Esa: Ali Puteh

Pengalaman Dikhianati Dalam Lagu Benci – Aiman Tino