in

Nazrief Nazri Sah Bergelar Suami

Setelah mengenali hati budi masing – masing hampir tiga tahun, akhirnya pelakon Nazrief Nazri, 28, selamat disatukan dengan gadis pilihannya, Aizatul Aqma Hamdan, 25, dalam majlis ijabkabul yang berlangsung di The Seavoy House, Jalan Titiwangsa pada petang Jumaat.


Hanya dengan sekali lafaz, Nazrief selamat bergelar suami kepada Aizatul yang juga merupakan seorang model hijab.

Semasa majlis tersebut, Nazrief telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80, beserta tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin perempuan, serta wang hantaran sebanyak RM15,000.

“Alhamduillah saya berasa gembira serta lega sekarang. Kami telah berjaya menghalalkan hubungan kami selepas hampir tiga tahun berkenalan. Saya berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat,” ujar Nazrief kepada pihak media.

Dalam pada itu, menurut Nazrief, dia dan isteri masih belum merancang majlis resepsi mereka kerana mahu memberi keutamaan kepada majlis pernikahan terlebih dahulu.

Difahamkan, Nazrief dan Aizatul berkenalan menerusi laman Instagram sebelum berkawan rapat dan seterusnya melangkah ke fasa perkahwinan.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Maut Kemalangan Selepas Bantu Gelandangan

Bola Sepak Terbukti Menjadi Ejen Untuk Satukan Kaum Paling Ampuh: FAM