Hubungan cinta antara pelakon dan penyanyi, Sweet Qismina dan bintang drama Budak Tebing, Adam Lee bukan rahsia lagi. Sebelum ini, ramai peminat ‘restu’ dengan hubungan pasangan pelakon ini selepas keserasian berlakon bersama mendapat banyak pujian.
Bagaimanapun, selepas tiga tahun bercinta, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi dan Adam Lee mengikat tali pertunangan tahun lalu. Pasangan yang sama cantik dan serasi ini bagaimanapun difahamkan tidak lama lagi akan disatukan sebagai suami isteri. Itu lebih terbukti apabila Sweet Qismina memuat naik foto dengan kapsyen inai.
“Tidak perlu berjanji seumur hidup, yang penting bertahan hingga mati,” tulisnya bersama hashtag TerciptaALSQ menggabungkan nama mereka dan turut disertakan tarikh 22 Oktober 2022. Perkongsian manis Qismina yang dipercayai untuk dirinya dan majlis perkahwinan pasangannya membuatkan mereka menjadi perhatian peminat dan netizen.
Baca Juga:
Bantuan RM 300 Untuk Budak Sekolah
Disamping ada juga peminat terkejut dan teruja kerana Sweet Qismina dan Adam Lee memilih tema Jawa sebagai pilihan di majlis berinai.