Pakai Baju Sedondon Ke Konsert, Netizen Dakwa Wanita Ini Kekasih Shuib?

Sebelum ini, pelawak Shuib Sepahtu mengakui bahawa dia kini sedang mengenali hati seseorang. Bagaimanapun, Shuib berkata mereka masih dalam proses untuk mengenali antara satu sama lain.

Shuib turut mendedahkan wanita itu hanyalah orang biasa dan bukan dalam industri seni dan menjadi pilihan ibunya.

Baru-baru ini, netizen seolah-olah menghidu hubungan Shuib dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.

Baca juga : “Mungkin Ada Yang Ketawa, Bertepuk Tangan Atau Bersorak…,” – Peserta Pertama Terkeluar, Ifa Raziah Percaya Rezeki Allah Luas

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, seorang pengguna menggabungkan foto Shuib dan wanita itu mengenakan pakaian dengan warna yang sama.

@farahana2506 betul ke shuib dgn watie?? #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fypp #pelitfyp #tiktoktravel #shuib #shuibsepahtu ♬ Dj Salira Ayeuna Ayana Dimana – Midua Cinta – DJ AURA X

Difahamkan, pada konsert Anuar Zain dan Ziana Zain Live di Kuala Lumpur Ogos lalu, Shuib dan Watie dilihat mengenakan pakaian kuning sawi.

Bukan itu sahaja, Shuib dan Watie turut memakai jaket hitam semasa konsert Dewa19 pada Jumaat lalu. Malah ada yang mendakwa mereka berdua duduk bersebelahan ketika menonton konsert tersebut.

Lihat komen di bawah

Di ruangan komen IG Shuib, beberapa netizen meninggalkan komen mengusiknya dan mendakwa pelawak itu pergi ke konsert bersama Watie.

Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati Shuib juga dilihat sering meninggalkan tanda suka pada gambar yang dimuat naik Watie.

Terdahulu, Shuib dikaitkan dengan pelakon Zara Zya dan Wan Sharmila. Bagaimanapun, Shuib menjelaskan mereka hanyalah rakan industri.

Next Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×