Panduan Solat Terawih Ringkas Di Rumah Untuk Wanita & Ibu Yang Ada Anak Kecil, ok?
Tidak lama akan tiba bulan yang amat mulia iaitu bulan ramadhan. Bulan di mana semua umat islam akan menunaikan ibadah puasa. Antara nikmat lain di bulan mulia ini adalah menunaikan solat terawih.
Walau bagaimanapun, ada juga ibu-ibu yang tidak sempat untuk mengerjakan tarawih di masjid kerana perlu menjaga anak kecil di rumah.
Usahlah risau! motif.my akan berkongsi dengan ibu ibu di luar sana tentang panduan solat terawih yang ringkas khas untuk wanita dan ibu yang ada anak kecil.
PERTANYAAN MENGENAI SOLAT TERAWIH SENDIRIAN
1 ) Bagaimana hendak menunaikan solat tarawih secara bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat tarawih itu perlu dan macamana jika tidak dilakukan dan cara melakukanya (tidak berselawat)
1. Solat terawih adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan secara dua rakaat bermula dari takbir dan diakhiri dengan salam. Ketika hendak mengerjakan solat, niatkan di dalam hati kita untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat seperti biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sepertimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.
Kesimpulannya, yang membezakan solat terawih ini adalah niatnya sahaja. Rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat terawih itu, ia sama sahaja seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan sebanyak dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudiannya bangun semula untuk mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
2. Bagi hukum berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak sekalipun mencacatkan solat terawih jika tidak dilakukan. Berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan kepada para jemaah dan sesuailah dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah thabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.
Andai kata kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan mana mana ibadah yang lain.
PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH SENDIRIAN DI RUMAH
Mulakan solat terawih dengan bacaan niat,dan teruskan solat seperti biasa. Ulang sehingga rakaaat yang anda inginkan contohnya 8 rakaat,16 rakaat atau 20rakaat. Surah pertama Al-Fatihah dan kemudiannya adalah bergantung kepada surah apa yang anda nak baca. Selesai solat setiap 4 rakaat, boleh anda untuk membaca doa ini:
Selepas bacaan doa, sambung semula dengan rakaat yang anda ingkinkan contohnya 8,16,20. Selesai solat tarawih, bacalah doa selepas terawih seperti yang berikut;
SOLAT WITIR
Selepas menunaikan solat tarawih,jangan lupa untuk menunaikan solat witir. Berikut adalah cara mengerjakan solat witir selepas solat tarawih.
2 rakaat dahulu, dan kemudian diikuti 1 rakaat.
Selepas selesainya 3 rakaat witir, bacalah doa seperti berikut:
Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menunaikan ibadah terawih.
Sumber : MyNewsBistro