in

Pegawai Perhutanan Dituduh Membunuh

BANGKOK: Thailand telah mengeluarkan satu waran tangkap terhadap seorang pegawai perhutanan yang telah dikaitkan dengan kehilangan seorang aktivis kumpulan etnik minoriti, lebih lima tahun lalu. Hal ini disebabkan terdapat satu penemuan sisa mayat mangsa yang rentung telah membawa kepada perkembangan baru dalam kes berkenaan.

Ketua kumpulan etnik Karen, Por Cha Lee Rakcharoen atau lebih dikenali sebagai Billy, hilang tanpa dikesan pada April 2014 selepas memfailkan saman mendakwa pegawai perhutanan memusnahkan kediaman di taman negara Kaeng Krachan.

Ketua pegawai perhutanan di situ ketika itu, Chaiwat Limlikitaksor dilaporkan antara orang terakhir melihatnya hidup selepas Billy ditahan kerana mengumpul madu lebah secara haram.

Chaiwat bagaimanapun berkata, dia melepaskan Billy dan menafikan terbabit dengan kehilangannya. Dia kemudian dipindahkan ke taman negara lain.

Bagaimanapun, mahkamah rasuah Thailand semalam meluluskan waran tangkap terhadap Chaiwat dan tiga lagi pegawai perhutanan atas pelbagai tuduhan termasuk bunuh dan rompakan, kata Jabatan Siasatan Khas. Tuduhan bunuh membawa hukuman mati.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sabhi Sadhi Terkena Sakit Misteri?

Bayi Mati Dengan 89 Kesan Dera