in

Pelajar Bakar Diri Salahkan Presiden Macron

LYON – Seorang pelajar universiti di Perancis berada dalam keadaan kritikal setelah membakar diri berikutan tekanan kewangan.

Mangsa yang berusia 22 tahun itu memuat naik mengenai masalah kewangannya di Facebook beberapa jam sebelum dia bertindak untuk membakar diri di hadapan sebuah restoran universiti di Lyon.

Pelajar Universiti Lyon 2 tersebut menyalahkan Presiden Emmanuel Macron, dua presiden Perancis terdahulu, pemimpin haluan kanan, Marine Le Pen serta Kesatuan Eropah kerana ‘membunuhnya’.

“Saya menuduh Macron, François Hollande, Nicolas Sarkozy dan Kesatuan Eropah kerana ‘membunuh’ saya, mencetuskan ketidaktentuan tentang masa depan semua. Saya juga menuduh Le Pen serta media kerana mewujudkan ketakutan,” tulisnya di Facebook.

Mangsa mengakui tidak lagi sanggup untuk menghadapi bebanan kewangan apabila terpaksa menanggung kos sara hidup dengan hanya €450 (RM2,049) sebulan. – Agensi

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tahniah Buat Skuad Muda Negara!

Kayuhan Menjunjung Kasih Meriah