in

Pelajar Dirogol Di Sekolah: Tujuh Pelajar Lelaki Direman

TAWAU – Tujuh pelajar lelaki yang berusia 17 tahun direman selama tiga hari mulai hari ini untuk membantu siasatan mengenai kes rogol seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kejadian ini dilaporkan  berlaku semalam dan tujuh pelajar tersebut juga ditahan pada hari yang sama.

“Disahkan terdapat satu kejadian rogol pelajar perempuan berumur 14 tahun semalam yang membabitkan tujuh pelajar daripada sekolah sama,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, dalam kejadian pukul 11 pagi itu, seorang guru telah menemukan mangsa dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan.

Mangsa memberitahu dirogol dan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 40 tahun pada jam 3.30 petang.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 375B/377A Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.- Bernama

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Graduan Harus Berani Pertahan Pendirian – Tun Daim

Maut Kemalangan Selepas Bantu Gelandangan