in

Pelajar Tahfiz Maut Dipukul

TEMERLOH : Seorang pelajar lelaki di sebuah maahad tahfiz disahkan meninggal dunia dipercayai dipukul rakannya.

Semasa kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa berusia tujuh tahun ditemui oleh warden wanita dalam keadaan lemah  sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan tidak lama selepas itu.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam di badan mangsa.”

“Disebabkan itu, kita telah menahan tiga rakan mangsa yang juga merupakan pelajar maahad yang berusia 13 tahun bagi siasatan lanjut,” katanya.

Othman berkata, maahad tersebut hanya mempunyai empat pelajar sahaja termasuk mangsa dan ia mula beroperasi sejak Januari lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mula belajar di maahad berkenaan pada pertengahan Oktober lalu bersama abang tirinya.

Katanya, siasatan juga mendapati maahad berkenaan beroperasi tanpa mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Maahad itu hanya mempunyai seorang sahaja tenaga pengajar iaitu suami kepada warden wanita tersebut,” katanya.

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk dibedah siasat.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengantin Sediakan Kotak ‘angpau’ Untuk Bekas Kekasih

Baik Bernikah Je Zul, Intan – PU Syed