in

Peluang 15 Pemain Muda Berguru di Cerezo Osaka

15 orang pemain bola sepak bawah 15 tahun Malaysia bukan sahaja berpeluang untuk menyaksikan secara langsung perlawanan Liga Jepun (J-League).

Namun, mereka juga berpeluang beraksi untuk menentang pasukan Akademi Cerezo Osaka dalam satu perlawanan persahabatan di Osaka, Jepun pada Jun 2020.

Peluang tersebut terbuka berikutan satu Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Yakult (Malaysia) Sdn Bhd dan Kelab Bola Sepak Cerezo Osaka, Jepun di sini semalam dimana menyaksikan pengeluar minuman probiotik utama negara itu dilantik sebagai rakan kongsi strategik ASEAN untuk kelab Jepun itu.

Pengarah Urusan, Hiroshi Hamada telah menandatanganinya bagi pihak Yakult (M) Sdn Bhd manakala Cerezo Osaka diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Horoaki Morishima.

Berucap semasa majlis tersebut, Hamada berkata, syarikatnya akan memberikan sokongan kepada pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab Jepun itu di Malaysia dan ini termasuklah ‘Malaysia Dream Project 2020’.

Hamada mendedahkan projek tersebut adalah hampir serupa dengan ‘ASEAN Dream Project’, dimana ia melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Thailand dan Myanmar, pada September lepas namun mereka mengubah fokus untuk penghasilan bakat dari Malaysia tahun hadapan.

“Kami menjangkakan kira-kira 100 peserta dari setiap kawasan, iaitu kawasan tengah, semenanjung (kawasan utara atau selatan) dan juga kawasan Borneo sama ada Sabah atau Sarawak untuk proses pemilihan,” kata Hamada sambil memberitahu beberapa jurulatih dari akademi Cerezo Osaka akan menilai bakat setiap pemain semasa proses pemilihan.

Sementara itu, Morishima berkata, mereka yang terpilih akan menjalani latihan tiga hari di Osaka, sebelum berhadapan pasukan akademi Cerezo Osaka dalam perlawanan persahabatan, selain peserta akan di bawa ke padang latihan kelab tersebut.

“Selepas itu, terpulang kepada jurulatih Cerezo Osaka, sama ada memberikan peluang kepada 15 pemain tersebut untuk menjalani latihan percubaan bersama pasukan itu atau pulang ke Malaysia.

“Namun, apa yang diharapkan beberapa pemain Malaysia akan diberikan peluang menunjukkan bakat mereka,” katanya yang juga bekas pemain antarabangsa Jepun yang bermain bersama Cerezo Osaka selama 17 tahun, sebelum dilantik sebagai presiden kelab pada Disember 2018.

Untuk rekod, Yakult Malaysia dengan kerjasama Televisyen Osaka dan Cerezo Osaka melancarkan Asean Dream Project pada 2018 dan 2019 dalam mencari bintang bola sepak masa hadapan bagi rantau ASEAN.

Tiga negara ASEAN iaitu Malaysia, Vietnam dan Thailand terpilih untuk edisi 2018 sebelum Myanmar menggantikan Vietnam untuk edisi 2019 yang berlangsung pada September.

Setiap negara diberikan lima slot di mana pemain yang terpilih dihantar menjalani latihan selain menyaksikan perlawanan Liga Jepun. – Bernama

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kembar Kemalangan, Adik Maut

‘Itu bossmu, bukan bossku’- Azmin