in

Pemain Gitar Damasutra Meninggal Dunia

Pemain gitar utama kumpulan Damasutra, Naharuddin Yunus, 55, atau lebih dikenali sebagai Alok disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Ampang di sini pagi tadi.


Ahmad Fadzli Naharuddin iaitu anak kepada Alok memaklumkan bahawa ayahnya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi selepas usaha untuk menyelamatkannya tidak berjaya.

Menurutnya juga, ayahnya tidak pernah disahkan menghidap penyakit jantung sebelum ini namun arwah mula batuk berdarah dan sesak nafas pada Sabtu yang lalu.

“Bila dapat tahu saya terus membawa ayah ke Klinik di Hulu Langat namun keadaan ayah bertambah teruk sejurus sesak nafas dan tidak dapat berjalan dengan sempurna awal pagi ini.

“Pemeriksaan telah dilakukan pasukan perubatan Hospital Ampang namun mereka mendapati bacaan jantungnya lemah.

“Tidak lama kemudian, ayah tidak memberi tindak balas sebelum meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Pemain gitar utama Damasutra, Naharuddin Yunus, atau Alok (dua dari kanan), meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Ampang, di sini, jam 3 pagi tadi

Dalam pada itu, Ahmad Fadzli berkata, sebelum pemergian ayahnya, dia sempat membawa ayahnya keluar makan malam dan seronok melihat ayahnya begitu berselera menikmati makanan.

“Seronok malam tadi saya melihat ayah makan dengan seleranya namun tidak menyangka hari ini dia pergi meninggalkan kami,”

Jenazah telah disembahyangkan di Surau Taman Seri Nanding, Hulu Langat dan selamat dikebumikan pada jam 12 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding.

Ahli keluarga dan kenalan rakan artis termasuklah Baggio iaitu vokalis Damasutra yang turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah pada majlis pengebumian.

Allahyarham menyertai Damasutra pada 1991 dan memiliki empat album iaitu Antara Sutra dan Bulan, Asyik, Kurnia dan Penawar sehingga 1996.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di media sosial bersedih dengan pemergian Allahyarham Alok dan mendoakan agar rohnya sentiasa ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kedah Dan JDT Mempunyai Peluang 50-50: Tunku Ismail

Samseng Jalan Raya Hentak Bas Guna Objek Keras