in

Pemuda Amanah Perak Dapat Ketua Baharu Lagi

IPOH, PERAK – Kepimpinan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak berubah lagi selepas pemilihan semula yang berlangsung semalam telah menyaksikan Mohd Syamsul Alauddin gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak empat bulan lalu.

Jawatan tersebut kini disandang oleh Ketua Amanah Kawasan Tanjung Malim, Khairol Najib Hashim yang berjaya berada dalam senarai 15 ahli jawatankuasa itu.

Perubahan tersebut turut menyaksikan Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis tidak lagi dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Amanah kerana telah diganti oleh Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin.

Sementara itu, bagi jawatan Naib Ketua Pemuda masing-masing disandang Ahmad Munzirie Ahmad Kabir dan Mohd Fitri Asmuni.

Mohd Syamsul Alauddin pada 4 Ogos lalu dipilih sebagai Ketua Pemuda Amanah Perak menggantikan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang juga Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak.

Dalam pada itu, Khairol Najib sebelum ini mencipta kejutan apabila menewaskan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Aminuddin Zulkapli pada pemilihan semula Amanah Kawasan Tanjung Malim.

Pemilihan semula beberapa sayap dan Amanah di peringkat kawasan di seluruh negara dilaksanakan atas arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) disebabkan masalah teknikal.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kes Jenayah Komersial Rekod Kerugian RM5.8 Bilion

Pengantin Sediakan Kotak ‘angpau’ Untuk Bekas Kekasih