in

Pencuci Tingkap Jadi Adiwira

PENNSYLVANIA – Sekumpulan pencuci tingkap profesional di Pennsylvania, Amerika Syarikat berpakaian seperti adiwira untuk menghiburkan pesakit – pesakit di sebuah hospital kanak-kanak.


Spiderman, Batman dan beberapa karakter adiwira yang lain dimana menjadi pujaan kanak-kanak berkumpul di Hospital Kanak-Kanak Lehigh Valley Reilly untuk menjayakan Superhero Day pada Khamis lalu.

Pesakit dan ahli keluarga di hospital terbabit berasa sangat teruja melihat ‘hero’ kesukaan masing-masing membersihkan tingkap di luar bilik mereka.

Menerusi perkongsian di laman Facebook hospital itu kelihatan pesakit kanak-kanak menghampiri tingkap bagi berinteraksi dengan kumpulan adiwira tersebut.

Selain menghiburkan pesakit kanak-kanak, pekerja Performance Services Inc. di Harrisburg itu turut mengagihkan hadiah istimewa.

Usaha murni kumpulan pencuci tingkap berkenaan turut mendapat pujian netizen. – Agensi

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bola Sepak Terbukti Menjadi Ejen Untuk Satukan Kaum Paling Ampuh: FAM

Jangan Perbesarkan Isu Pengosongan Kerusi Parlimen Batu