Pendaftaran Jaringan Prihatin B40: Subsidi RM180 / RM300 Untuk Data & Peranti

Adakah anda ingat Program Jaringan Prihatin B40 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebelum ini?

Melalui pakej ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru & RM180 untuk melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, dan u Mobile.

Terkini SKMM telah mengumumkan pakej bantuan ini dilanjutkan sehingga 30 September 2021.

Penerima BPR layak untuk Jaringan Prihatin

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk turut menyertai Program Jaringan Prihatin, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Justeru, katanya, tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program dilanjutkan sehingga 30 September 2021.

Baca juga : Cadangan Had Pengeluaran i-Citra RM10,000 (One-Off)

“Lanjutan ini juga bertepatan dengan situasi semasa serta memberi ruang dan masa kepada mereka yang perlu mendaftar dan menebus telefon di kedai secara fizikal,” katanya dalam Laporan LAKSANA ke-69 hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, semakan status kelulusan rayuan BPR boleh dibuat mulai 18 September lalu di Portal BPR iaitu melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.

Katanya, pembayaran rayuan BPR terbabit membabitkan hampir 200,000 penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta,

“Ia akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September 2021 bersekali dengan penerima bayaran BPR Fasa 3,” katanya.

Beliau berkata, bayaran BPR adalah antara pelbagai bantuan tunai langsung oleh kerajaan yang secara keseluruhannya berjumlah RM17.1 bilion dan mula disalurkan sejak Januari 2021, selain ia akan berterusan sehingga hujung tahun ini.

“Bagi 2021, kerajaan mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima BPR melalui permohonan rayuan BPR yang dibuka pada 15 sehingga 30 Jun 2021.

“Kerajaan sedaya upaya memberi ruang dan peluang kepada golongan yang benar-benar layak untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Tengku Zafrul menjelaskan, semua permohonan rayuan yang diterima, diverifikasi semula oleh LHDN dengan data terkini agensi berkaitan bagi menentukan kelayakan mengikut kategori BPR.

“Proses penilaian semula ini dititikberatkan untuk memastikan inisiatif bantuan tunai ini dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan B40 yang amat memerlukan,” katanya.

Sumber : BH Online 23/09/2021

Tentang Program Jaringan Prihatin

Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.

Daripada jumlah keseluruhan RM3.5 bilion ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.

Kelayakan

KELAYAKAN: Untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)⠀⠀

Nilai Bantuan / Subsidi

Manfaat yang didapati oleh B40 & penerima BPR menerusi Jaringan Prihatin ini adalah bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.

Nilai manfaat berjumlah RM3.5 bilion (RM2B dari Kerajaan & RM1.5B faedah padanan dari syarikat telekomunikasi)⠀⠀

Terdapat 2 kategori yang layak anak menerima bantuan berikut:

ADA ANAK <18 TAHUN: Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun
TIADA ANAK: Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun

Cara Tebus RM180 / RM300 Program Jaringan Prihatin

Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu –  https://bpr.hasil.gov.my/

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (rujuk senarai di bawah)

Tentukan sama ada ingin memilih pakej berikut:

Pembelian peranti baharu
Pembelian pelan data internet bulanan

Anda kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan

Untuk menikmati manfaat yang dinyatakan di atas, boleh daftar dengan syarikat telekomunikasi seperti di bawah:

 

Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin⠀

Digi: https://digi.my/prihatin⠀

Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin⠀

Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀

redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr⠀

speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀

Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀

U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin⠀

unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀

XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀

YES: https://www.yes.my/kasiupB40⠀

Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin⠀

 

Diantara Syarikat Komunikasi Yang Mengambil Bahagian Dalam Program Jaringan Prihatin B40

Anda kini boleh mendaftar melalui syarikat telekomunikasi yang berikut:

1. Digi – Daftar Digi Jaringan Prihatin

2. U Mobile – Daftar U Mobile Jaringan Prihatin

3. Celcom – Daftar Celcom Jaringan Prihatin

4. Unifi – Daftar Unifi Jaringan Prihatin

Baca juga : Semakan Online [RASMI] : Perdana Menteri Umum Bantuan Bakul Prihatin Negara Untuk Semua Rakyat Malaysia

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×