Pendaftaran Pra Sekolah 2022 KPM

Berita baik bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 sehingga 5 tahun, anda boleh untuk mendaftarakan anak anda ke prasekolah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia tahun hadapan (2022) melalui sistem dan permohonan pendaftaran secara online.

Pendaftaran anak anda boleh dilakukan melalui sistem ePrasekolah KPM.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini cara pendaftaran prasekolah melalui sistem eprasekolah KPM dan cara menyemak status penempatan yang boleh dibuat bermula 5 Ogos lalu. Sekiranya anak anda tidak layak, anda boleh membuat rayuan bermula 5 Ogos sehingga 20 Ogos melalui sistem ePrasekolah seperti yang kami kongsikan di bawah.

 

 

TARIKH PERMOHONAN BAGI ePRASEKOLAH
-Makluman untuk permohonan kemasukan untuk ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Tahun 2022 secara dalam talian telah dibuka Mulai 1 Mac 2021 Hingga 31 Mei 2021 yang lalu.

-Untuk murid tahun 1 pula, permohonan Pendaftaran Tahun 1 sekolah boleh dibuat di https://public.moe.gov.my bermula 1 Mac 2021 yang lalu

SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN
-Untuk semakan keputusan permohonan ePrasekolah boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021 lalu.
-Anda boleh membuat semakan di portal rasmi https://eprasekolah.moe.gov.my

-Untuk murid yang tidak layak, ibu bapa masih lagi berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2021

-Kanak-kanak yang warganegara Malaysia sahaja.

-Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 15 Januari 2018 sahaja yang layak untuk memohon.

FUNGSI SISTEM ePRASEKOLAH
Selaras kepada perkembangan teknologi pada masa kini, KPM telah pun membangunkan satu sistem aplikasi ePrasekolah agar dapat memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.

Selain daripada membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:

1. PERMOHONAN UNTUK KE PRASEKOLAH KPM

-Borang permohonan

-Rayuan permohonan

-Semak serta kemas kini permohonan

2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA

-Pastikan email telah dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif).

3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH

-Carian maklumat institusi prasekolah yang telah berdaftar dengan KPM.

4. SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN

-Semakan status pendaftaran murid.


CARA UNTUK MENDAFTAR ePRASEKOLAH KPM
Untuk mendaftar ePrasekolah, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti yang berikut:

1. LAYARI LAMAN SESAWANG ePRASEKOLAH KPM

-Anda boleh layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau pun telefon pintar.

2. DAFTAR & LOGIN

-Kepada pengguna yang baru menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

-Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang telah dibenarkan untuk mendaftar.

-Pastikan email yang telah didaftarkan adalah email yang aktif.

3. LENGKAPKAN MAKLUMAT

-Muat turun manual lalu proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.

-Pastikan maklumat yang telah didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga.

-Pastikan nama yang telah didaftarkan adalah nama penuh serta no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah semasa pendaftaran.

-Pastikan pengguna telah mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.

-Pastikan alamat email serta nombor telefon yang telah didaftarkan adalah aktif.

4. KEMASKINI & CETAK

Bagi permohonan yang telah lengkap perlu dicetak serta dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021 berserta dokumen yang berkaitan.

NOTA:

-Untuk kemaskini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).

-Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.

-Ibu bapa/penjaga perlu mencetak lalu menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.

-Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.

-Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.

5. SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Untuk Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah bagi Tahun 2022 telah dibuka Bermula 5 Ogos 2021 lalu.

-Kepada permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan bermula 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).

Status merujuk kepada status permohonan sama ada:

-Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan serta salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah/dokumen permohonan sedang disemak.

-Tidak Lengkap: Permohonan/dokumen tidak lengkap sila rujuk email lalu kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat yang lebih lanjut.

-Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses lalu dibawa ke mesyuarat pemilihan.

-Berjaya: Permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.

-Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya, boleh membuat rayuan.

6. RAYUAN
Untuk membuat Permohonan Rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2021 (tertakluk kepada pindaan).Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah
Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa/penjaga melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD/PPW/JPN.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan yang berkaitan prasekolah yang telah dimohon, anda boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada [email protected]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih