in

Pengalaman Dikhianati Dalam Lagu Benci – Aiman Tino

Penyanyi yang tidak asing lagi di Malaysia, Aiman Tino mengakui lagu baharunya yang berjudul Benci berkait rapat dengan dirinya yang pernah dikhianati oleh rakan baik dimana telah dilancarkan hari ini.

Aiman semasa ditemui pada majlis pelancaran lagunya berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut isu berkenaan kerana ia adalah pengalaman perit apatah lagi dilakukan oleh individu yang dipercayainya.

“Kejadian itu berlaku tahun ini dan jika diingati semula masih terasa sakit. Saya sudah berkawan dengan dia sejak zaman sekolah rendah lagi, tidak sangka dia sanggup tikam saya daripada belakang.

“Dia telah menggunakan ribuan ringgit wang dalam akaun saya tanpa pengetahuan. Saya tidak tahu bagaimana dia boleh dapat Nombor Pengenalan Peribadi (PIN), mungkin dia ternampak ketika saya gunakan kad sewaktu mengisi minyak kereta.

“Saya tahu yang dia guna kad saya selepas menyedari kad bank tidak ada dalam dompet. Namun begitu, dia sudah bayar kembali jumlah itu,” katanya.

Aiman Tino berharap lagu Benci dapat mengembalikan popularitinya sama seperti ketika awal kemunculan tiga tahun lepas.

Selepas kejadian tersebut, ia telah mengajar Aiman supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya pada sesiapa kerana bimbang perkara sama berulang kembali.

“Lagu Benci ini boleh dikaitkan dalam apa saja situasi sama ada kawan tikam belakang atau cinta dikhianati. Tetapi, untuk klip lagu saya pilih cinta sebab ia lebih mudah untuk dilakonkan.

“Saya harap lagu ini diterima ramai selepas lama menyepikan diri,” katanya.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

‘Nasib Anak, Rakan Sempat Selamatkan Diri’

Rakyat Malaysia Diminta Tangguh Perjalanan ke Bolivia