in

Pengantin Sediakan Kotak ‘angpau’ Untuk Bekas Kekasih

BALI – Perkahwinan sepasang pengantin di Indonesia menjadi tular di media sosial selepas mereka menyediakan enam kotak ‘angpau’ untuk tetamu memberi hadiah berbentuk wang kepada raja sehari termasuk satu kotak khusus kepada bekas kekasih.


Apa yang menariknya, setiap kotak yang dihasilkan adalah bergantung kepada status seseorang penyumbang itu.

Selain untuk bekas kekasih, lima lagi kotak angpau lain termasuk untuk keluarga, rakan dan sahabat pengantin, malah tetamu bebas memilih untuk meletakkan angpau pada mana-mana kotak tersebut.

Kisah perkahwinan unik Dendy Suantara dan isterinya yang berlangsung di Bali dikongsi oleh akaun Instagram @denpasar.viral Selasa lalu.

Difahamkan, Dendy dan isterinya telah berkenalan selama lapan tahun sebelum membuat keputusan untuk melangsungkan pernikahan baru-baru ini.

Rata-rata warganet memuji kreativiti pasangan pengantin dan ada juga yang ingin mencuba cara itu di majlis perkahwinan mereka akan datang. – Agensi

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemuda Amanah Perak Dapat Ketua Baharu Lagi

Pelajar Tahfiz Maut Dipukul