in

Pengasuh Hentak Bayi Ke Lantai Ditahan Polis

GEORGETOWN – Tampar kepala dan hentak bayi ke lantai, itu antara perbuatan kejam seorang wanita terhadap bayi melalui dua video berdurasi empat dan tujuh saat yang tular di media sosial beberapa hari lepas.


Perbuatan wanita tersebut dimana dia merupakan pengasuh kepada bayi berusia enam bulan itu akhirnya membawa padah selepas dia ditahan polis pada Rabu lalu.

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis menerima laporan mengenai video berkenaan daripada seorang kerani bank selepas dia menerima video berkenaan daripada rakannya.

Menurutnya, wanita tersebut mendakwa dia tidak mengenali ibu bapa bayi berkenaan namun dia membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan bayi berkenaan.

“Wanita itu memberitahu yang rakannya mengirim video berkenaan kerana tidak mahu dia menghantar anak ketiganya kepada pengasuh terbabit berikutan bimbang diperlakukan seperti bayi itu.

“Siasatan yang dilakukan berjaya menahan seorang pengasuh yang berusia 34 tahun dan wanita itu mengakui dia adalah individu dalam rakaman video berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Che Zaimani berkata, suspek memberitahu dia memang agak kasar dengan mangsa namun tidak mempunyai niat mahu mendera atau mencederakan bayi berkenaan.

Katanya, suspek juga mendakwa tidak ingat bila kejadian itu berlaku.

“Kita juga telah mengambil keterangan daripada ibu bayi terbabit yang memberitahu anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan setiap kali diambil dari rumah pengasuh.

“Ibu bayi itu juga mengatakan anaknya dalam keadaan sihat dan tiada kesan lebam ditemui di badannya,” katanya.

Mengulas lanjut, Che Zaimani berkata,bayi itu telah dihantar untuk pemeriksaan di hospital namun doktor mendapati tiada kesan akibat didera atau dipukul.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31(1)a Akta Kanak-Kanak 2001.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tangguh Perjalanan Ke Hong Kong Jika Kurang Penting

Pemilik Suara Animasi Aki Meninggal Dunia