Kerajaan Memperkenalkan Inisiatif Baru Untuk Pengeluaran KWSP 2023

Kerajaan Memperkenalkan Inisiatif Baru Untuk Pengeluaran KWSP 2023. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja baru-baru ini melancarkan kemudahan pengeluaran kwsp melalui I-sayang sebagai salah satu usaha membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya kepada pencarum KWSP.

Skim i-Sayang KWSP

i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

Siapa Yang Boleh Memohon

Syarat-syarat kelayakan suami (Pemberi):

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Syarat-syarat kelayakan isteri (Penerima):

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Cara Mohon i-Sayang KWSP

Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:

  • i-Akaun (Ahli); ATAU
  • Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

Ciri-ciri i-Sayang KWSP

  • Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan i-Sayang, anda boleh layari laman web rasmi seperti berikut:

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : https://t.me/infobantuan2021

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Arikel Ini. Terima Kasih

×