in

Penghantar Makanan Ragut Beg Tangan Wanita

KUALA LUMPUR – Gagal! Seorang penghantar makanan telah gagal dalam cubaan meragut beg tangan seorang wanita di hadapan sebuah kondominium sekitar Mont Kiara apabila mangsa berjaya menarik semula beg tangannya.

Semasa kejadian, kira – kira jam 4 petang pada Khamis yang lalu, mangsa sedang berdiri di hadapan kondominium tersebut telah didatangi penunggang motosikal yang membawa kotak penghantaran makanan  dari salah sebuah syarikat penghantaran makan yang terkenal di Malaysia lalu telah menyentap beg tangan wanita tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, polis telah membuat semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian melalui penelitian awal video yang tular di media sosial.

“Rakaman CCTV mendapati kejadian itu adalah cubaan ragut. Seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal berpakaian seragam dan ada kotak penghantaran makanan cuba meragut beg tangan mangsa yang sedang berdiri di hadapan kondominium itu,” katanya melalui kenyataan media.

Beliau berkata, melalui rakaman itu mangsa berjaya menarik kembali beg tangannya.

“Setakat jam 4 petang ini, kami masih belum menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian tersebut,” katanya.

Zairulnizam menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika berjalan di kawasan persendirian dan tumpuan awam bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah ragut.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian cubaan ragut boleh membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 0322979222.

Sending
User Review
0 (0 votes)

What do you think?

Written by Fyqa

Fyqa adalah penulis senior Motif.My dan mempunyai minat mendalam dalam penulisan berita. Sebarang maklumbalas boleh hubungi Fyqa di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dikebumikan Dalam Keranda Jenama Teh

Seludup Lima Guni Ketum Guna Motosikal